InquirerPangasinan folk fight to save vanishing fishing groundThe Jerusalem Post'True Crime Community' draws teens to idolize school shooters, carry out copycat killings - reportDaily MaverickUPDATE 6-US lawmakers criticize Nvidia decision to reinstate Huang as CEOZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGhaflaPastor Kanyari Defends Morgan Bahati Against Critics Over Debut Song ZozaVanguardNRS urges investigative reporting to curb illicit financial flows中国新闻网在一起,向未来:鸿蒙操作系统终端设备数突破1亿Antara NewsHouse urges govt speed up spending to sustain economic growthn-tvDeutsche wollen mehr Diplomatie: Umfrage: Mehrheit gegen militärische Ukraine-UnterstützungDaily MailQUENTIN LETTS: Into the dentist's chair we go, the drill going WHEEEE as PM restarts the Brexit civil warE! OnlineChristopher Lloyd, 88, Gives Look at Romance With Wife Lisa Lloyd, 56سكاي نيوز عربيةلجنة الكونغرس تستدعي رئيس "إنفيديا" بشأن تهريب رقائق للصين
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

AS senarai hitam 3 firma Malaysia berhubung kebimbangan cip AI

Translate

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) menyenaraihitamkan tiga syarikat Malaysia susulan kebimbangan ia mungkin terbabit dalam penyaluran peralatan pengkomputeran canggih kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

MSFusion Sdn Bhd, PT Megaspeed International dan Speedmatrix Sdn Bhd antara tujuh syarikat di Malaysia, Singapura dan Thailand yang dimasukkan dalam senarai entiti dikenakan sekatan oleh Biro Industri dan Keselamatan AS (BIS).

Langkah itu diumumkan menerusi peraturan muktamad bertarikh 23 Nov yang dijadual diterbitkan dalam daftar persekutuan AS esok.

Empat syarikat lain ialah Megaspeed International Pte Ltd, Apex Enterprise Solutions (Singapore) Pte Ltd dan Swiftdata Pte Ltd di Singapura serta Megaspeed (Thailand) Co Ltd.

BIS berkata terdapat risiko ketara syarikat terbabit sudah atau mungkin terlibat dalam penyaluran barangan pengkomputeran canggih bagi kegunaan atau kepada pengguna yang tidak dibenarkan.

Susulan sekatan itu, lesen diperlukan bagi urus niaga melibatkan ketujuh-tujuh syarikat berkenaan untuk barangan tertakluk kepada kawalan eksport AS, dengan permohonan lesen secara dasarnya akan ditolak.

Speedmatrix merupakan anak syarikat Megaspeed yang berpangkalan di Singapura, sebuah syarikat pengkomputeran awan dan rakan kongsi Nvidia.

Megaspeed disyaki membantu menyalurkan cip kecerdasan buatan (AI) yang tertakluk kepada sekatan eksport ke China. Syarikat itu juga dikaitkan dengan siasatan berhubung dakwaan pengintipan membabitkan Nvidia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) sebelum ini berkata pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang permohonan daripada Megaspeed atau Speedmatrix, sambil menjelaskan Speedmatrix merupakan penyewa di pusat data di Malaysia.

Miti turut memaklumkan bahawa pengimportan cip AI ke Malaysia ketika ini tidak memerlukan permit atau lesen.

Bagaimanapun, sejak Julai tahun lalu, syarikat diwajibkan mendapatkan permit untuk mengeksport, mengeksport semula atau membawa cip AI berprestasi tinggi buatan AS melalui Malaysia.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.