ESPNWrexham suffer heaviest loss under Reynolds, Mac in West Ham routCNN TürkBakan Gürlek duyurdu! Turizmde huzur operasyonları: 106 şüpheli tutuklandıPunchImo LG polls to hold September 26ESPN Deportes¿Dónde se ubica la Hormiga en el futbol griego según su valor?The Jerusalem PostAs his presidency enters its final stretch, Isaac Herzog lays out his three priorities for IsraelInquirerRidon to Sara Duterte: Attend Monday’s Senate impeachment trialDaily MaverickThe invisible border — how 9/11 reshaped global security and identity 25 years laterוואלהרוכב אופנוע כבן 30 נפצע באורח בינוני בתאונה עצמית בכביש 899Bollywood HungamaBREAKING: Daayra marks Kareena Kapoor Khan’s TENTH film to receive ‘A’ rating from CBFC; Kunal Kemmu’s Vibe also gets adult certificateVanguardAtiku’s subsidy plan failed under Obasanjo – PresidencyAnadolu AjansıAntalya'da ambalaj deposunda yangın çıktıIl Fatto QuotidianoSi accascia e perde i sensi durante una partita di padel: paura per Andrea Camplone, ex capitano del Pescara
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Anwar jemput Ethiopia buka kedutaan di KL

Translate

Malaysia menjemput Ethiopia membuka kedutaan di Kuala Lumpur dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala susulan siri lawatan peringkat tinggi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan itu selepas bertemu rakan sejawat, Abiy Ahmed, di sela Sidang Kemuncak BRICS ke-18.

Kedua pemimpin bersetuju mengadakan rundingan bilateral pertama Malaysia-Ethiopia di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi membincangkan isu dua hala serta meneroka bidang kerjasama baharu.

Anwar dan Abiy turut membincangkan langkah meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, serta beberapa industri yang sedang berkembang.

Mereka turut membincangkan kerjasama produk halal, pertanian, keterjaminan makanan, dan farmaseutikal, selain meneroka peluang dalam perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu, dan pelancongan.

Anwar menyambut baik hubungan yang semakin erat antara kedua negara susulan lawatan timbal balas oleh keduanya sepanjang dua tahun lalu.

Abiy telah berkunjung ke Malaysia pada 2024, manakala Anwar melakukan lawatan rasmi ke Ethiopia pada 2025.

Malaysia turut membuka semula kedutaannya di Addis Ababa pada September tahun lalu, selepas 43 tahun ditutup.

Tahun lalu, Anwar sekali lagi mengulangi kesediaan Malaysia meluaskan perdagangan dengan Ethiopia, sambil menyatakan langkah reformasi, aspirasi logistik, serta tenaga kerja muda dan dinamik di negara Afrika itu, menjadi asas kukuh kerjasama lebih mendalam.

Ethiopia merupakan rakan perdagangan ke-26 terbesar Malaysia di Afrika pada 2023, dengan nilai perdagangan dua hala mencapai RM446.8 juta.

Perdagangan antara dua negara melonjak 40.1% pada 2024 untuk mencecah RM626 juta, namun jumlah berkenaan secara relatifnya sederhana.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.