ESPN DeportesYankees con Mcmahon y Rice imponentes, toman ventaja en la serie ante RaysThe Jerusalem PostEight sailors assigned to USS Lincoln attempted suicide, Navy Secretary tells Congress한겨레사격 소승섭, 유도 김혜미…30~40대에 AG 첫 출전 ‘금’보다 값진 도전UOLAlagoas tem disputa de cardeais do antigo e do novo centrão em embate de Lira e Renan CalheirosHong Kong Free PressHong Kong slams EU report claiming ‘deterioration of fundamental freedoms’ in the city中国新闻网(长征胜利90周年)百件作品绘长征 广西美术作品联展回望革命历史PunchSenator facilitates market to boost commerce in Edo communityLenta.ruВ США заявили о готовности расширить торговое соглашение с КитаемMalay MailWoman found dead in Kuala Kangsar home, police arrest two suspects believed to be relativesLa NaciónFuror por Lizzie Borden: las principales diferencias entre la historia real y la serie Monster de NetflixGlobal NewsFrom meat to the saddle: B.C. rancher trains yaks to carry ridersEl ComercioDólar BCV HOY, miércoles 23 de setiembre: Tipo de cambio y tasa oficial en Venezuela
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Peluang Wawasan lebih baik berbanding Bersama dengan sokongan PAS

Translate

Parti Wawasan Negara (Wawasan) dilihat mempunyai peluang lebih baik berbanding Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada PRN Melaka dengan sokongan PAS, menurut penganalisis.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata Wawasan mempunyai kelebihan kerana boleh memanfaatkan jentera dan sokongan pengundi PAS, berbanding Bersama yang dijangka bersendirian.

mazlan ali

Mazlan Ali.

“Bersama akan bergerak sendiri dan tidak bersama parti lain. Sukar untuk menang walaupun mungkin boleh meraih sejumlah undi. Tetapi Wawasan berbeza. Jika bersama PAS, ia mempunyai peluang untuk menang,” katanya kepada FMT.

PRN Melaka bakal menyaksikan kedua-dua parti baharu itu sekali lagi mencuba nasib. Pada PRN Negeri Sembilan, Wawasan memenangi tiga daripada empat kerusi ditandingi. Pada PRN Johor, Bersama gagal memenangi semua 15 kerusi yang ditandingi.

Mazlan berkata Bersama belum mempunyai sokongan akar umbi yang cukup luas untuk mencabar parti dan gabungan lebih besar. Katanya, pengaruh Bersama terhad kepada pengundi bandar, separa bandar, golongan berpendidikan dan pengundi atas pagar.

Lau Zhe Wei

Lau Zhe Wei.

Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpandangan kekuatan sebenar Wawasan masih belum dapat dinilai kerana parti itu bertanding bersama PN pada PRN Negeri Sembilan.

“Undi itu undi Wawasan atau undi PN, ia jadi satu tanda soal. Memang tidak ada orang tahu,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menafikan kelebihan Wawasan bersama PN, termasuk dari segi jentera dan sokongan pengundi.

Menurutnya, faktor utama yang perlu Wawasan perhatikan ialah pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional jika dua gabungan itu bekerjasama.

“Kalau mereka dapat berunding dengan tidak bertindih dan memang ada ruang Wawasan untuk bertanding, peluangnya lebih cerah,” katanya.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting pula berkata tiga kemenangan Wawasan di Negeri Sembilan berlaku dalam konteks kerjasama politik, yang membolehkan parti itu mendapat manfaat daripada kekuatan lebih besar.

“Tiga kerusi itu adalah bukti Wawasan mampu menang, tetapi belum cukup untuk membuktikan ia mempunyai kekuatan autonomi di luar formula gabungan,” katanya.

Menurut Zaharuddin, PRN Melaka akan menjadi peluang kepada Wawasan dan Bersama untuk menunjukkan kemampuan selepas pengalaman pilihan raya pertama yang berbeza.

“Wawasan perlu membuktikan tiga kerusi Negeri Sembilan bukan fenomena sekali lalu. Bersama pula perlu membuktikan 15 kekalahan Johor bukan identiti kekal,” katanya.

Pada Ogos lalu, Bersama menjadi parti pertama mengesahkan akan bertanding di 15 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka.

Wawasan pula menyatakan hasrat untuk bertanding di Bemban dan Sungai Udang, dua kerusi yang kini disandang wakil rakyat yang menyertai parti itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.