Bollywood HungamaTiger Shroff Shooting Incident: Eknath Shinde visits actor’s residence after gunfire in Juhu; Police launch manhuntInquirerChampi nears PAR but will not affect PH directly on MondayESPNNBA intel: KAT's next deal, expansion's next steps -- and why rival teams are watching OrlandoPunchW’Bank: FG pays N658.9bn to 10.46m poor householdsESPN DeportesRayados sufre ante Pachuca y regresa a zona de Liguilla한겨레츠베덴의 서울시향 4년 “악기 간 이해도 높아져”…내년 시즌은 베토벤ХабрИнцидент за рубли. Как мы научились считать настоящую цену сбоевZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSCMP ChinaHow a US$110 million fishing harbour in Tanzania serves China’s food and security goalsThe Japan Times[Update 2] Report on Unauthorized Access to Group Managed Server and Potential Data LeakDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Tom King's new manipulation beginsהידעןפליטות המתאן מתעשיית הנפט והגז בארה״ב כמעט לא השתנו — למרות ירידה בפליטות ליחידת תפוקה
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

PH belum bincang calon ‘poster boy’ PRN Melaka, kata Fahmi

Translate

Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan pemilihan ‘poster boy’ bagi PRN Melaka pada 14 Nov ini, termasuk cadangan menamakan Adly Zahari.

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil bagaimanapun mengakui pengalaman pentadbiran bekas ketua menteri Melaka itu.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membincangkan perkara itu dan kita serahkan kepada pimpinan.

“Namun, Adly memang mempunyai pengalaman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pertukaran dokumen pembiayaan berjumlah RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB).

Ditanya sama ada PH sudah memuktamadkan kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRN itu, Fahmi berkata perkara berkenaan perlu dirujuk kepada Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari.

Pada 12 Okt, Timbalan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Hayatul Kamil menyeru supaya Adly yang juga naib presiden parti itu, dinamakan ‘poster boy’ PH bagi PRN Melaka.

Hayatul menyifatkan pengalaman Adly menerajui Melaka sebagai antara kekuatan utamanya. Beliau turut mengetengahkan khidmat Adly sebagai timbalan menteri pertahanan sejak Disember 2022.

Menurutnya, pengalaman itu memberi Adly kelebihan dalam pentadbiran berbanding pemimpin PH lain yang sebahagian besar pengalaman mereka hanya di peringkat negeri.

Hari ini, FMT melaporkan kenyataan penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyifatkan Adly sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ‘poster boy’ PH kerana beliau antara pemimpin yang berjaya mempertahankan kerusi pada PRN 2021.

Menurut Mazlan, kejayaan itu mencerminkan kemampuan Adly meraih sokongan pengundi pelbagai kaum, termasuk Melayu, dalam pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.