CNN TürkBenzine kademeli ÖTV artışıPunch10 major highlights of Tinubu’s 66th Independence Day addressThe Jerusalem PostShin Bet heads to Dubai to coordinate return flights after flydubai hijacking causes suspensionRTP DesportoTiago Luís Pereira, bronze no triplo nos Mundiais `indoor`, é a mais recente saída do SportingESPNJJ Gabriel and the 'nightmare' battle for Premier League academy talentInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 1, 2026Bollywood HungamaBigg Boss 20: Rhiti Tiwari evicted in surprise mid-week exit after captaincy task? Here’s what we know!Egypt IndependentUS troops complete Iraq exit, as Iran and its allies celebrateNHK 社会高齢者の医療費窓口負担 見直しに向けて議論開始 厚労省20 MinutenGeldsorgen nach Long Covid: Cora Schumacher will auswandernWirtualna PolskaCiepły początek października. Nawet 25 stopniRTL BoulevardNederland haalt 'alles uit de kast' om Bolle Jos uit Sierra Leone te krijgen
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Kami siasat belanja berlebihan kementerian jika ada aduan, kata SPRM

Translate

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya ada aduan rasmi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata pihaknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi berkaitan dakwaan berkenaan setakat ini.

“Kita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi (aduan) secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.

“Apabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Perbendaharaan sebelum ini mendedahkan bahawa kementerian Zahid secara konsisten membelanjakan jumlah yang melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar, dengan RM1.8 bilion dibelanjakan pada 2023 berbanding peruntukan yang diluluskan sebanyak RM1.1 bilion, RM2 bilion pada 2024 berbanding RM1.3 bilion, dan RM2.3 bilion pada 2025 berbanding RM1.6 bilion.

Zahid sebelum itu berkata kontraktor di bawah kementeriannya masih menunggu bayaran walaupun telah menyiapkan kerja dan memenuhi pencapaian projek yang ditetapkan, dengan sesetengahnya terpaksa gulung tikar.

Perkara itu menyebabkan kedua-dua pihak berbalas kenyataan sebelum Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan serta KKDW berbincang dan menyelesaikan isu itu secara baik.

Semalam, Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa SPRM menyiasat perbelanjaan berlebihan itu, dengan membandingkannya dengan tindakan terhadap pengurusan Universiti Teknologi Mara meluluskan suntikan dana RM260 juta kepada UiTM Holdings Sdn Bhd tanpa kelulusan Menteri Kewangan.

Terdahulu hari ini, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Zamzuri Abdul Aziz berkata perkara itu telah diselesaikan, walaupun beliau tidak memperincikan penyelesaian tersebut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.