Ketua Pemuda PAS Terengganu letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Terengganu mengumumkan barisan kepimpinan baharu susulan perletakkan jawatan ketuanya Muhamad Hamdi Harun.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Riduan Abu Bakar berkata mesyuarat khas yang diadakan semalam sebulat suara menerima peletakan jawatan Hamdi.
Bagaimanapun, Riduan tidak mendedahkan punca Hamdi melepaskan jawatan itu yang disandangnya sejak tahun lalu.
Hamdi menang tanpa bertanding jawatan itu bagi sesi 2025–2027 dalam mesyuarat agung tahunan dewan Pemuda PAS Terengganu, tahun lalu.
“Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurutnya lagi, jawatan timbalan ketua dan naib ketua masing-masing dipangku Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Abdul Manaff Ghani.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.