InquirerCall of the wild: First Filipino inducted into Explorers ClubESPNRecap: Sullivan becomes youngest U.S. scorer as Pochettino & Co. thump 10-man MexicoPunchCourt places restriction on Osun bank accountsESPN DeportesBrewers abre con triunfo, tras polémico batazo de PadresThe Jerusalem PostEmily Damari shares unreleased hostage photos, says surviving Hamas captivity was a miracleStraits Times Sport‘Chaotic’ Asian Games threaten Japan hopes of hosting Olympics againZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüFelaketi yaşatan bütün keçileri yok ettiler: Ada yıllar sonra tamamen değiştiWirtualna PolskaŚmiertelne zagrożenie dla floty. NATO szykuje się na Rosję na morzuAntara NewsMagnitude 6.1 quake hits Sumba island, no tsunami potential매일경제“군대 안가” 자랑한 축구대표팀에…안철수 “군대가 혐오시설? 군면제 없애야”Lenta.ruОтец с дочерьми бесследно исчез на Красноярском водохранилище
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Belanjawan 2027: Kembalikan MyDeposit bantu pembeli rumah pertama

Translate

Kerajaan digesa menghidupkan semula Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dalam Belanjawan 2027 bagi membantu pembeli rumah pertama menyediakan bayaran pendahuluan.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) Iskandar Abdul Samad berkata kesukaran mengumpul deposit menjadi antara halangan utama untuk memiliki rumah ketika kos sara hidup kekal tinggi.

“Bagi rumah berharga RM300,000, deposit 10% sahaja sudah mencecah RM30,000. Jumlah ini sukar dikumpulkan oleh kebanyakan keluarga kerana sebahagian besar pendapatan bulanan habis untuk perbelanjaan asas seperti makanan, sewa dan utiliti.

“Walaupun mereka berkemampuan membayar ansuran bulanan, mereka mengambil masa yang terlalu lama semata-mata untuk mengumpul wang deposit,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar yang juga bendahari PAS mencadangkan MyDeposit 2.0 menggunakan model dana pusingan, dengan kerajaan mendahulukan deposit dan penerima membayarnya semula secara ansuran tanpa faedah selepas menduduki rumah.

Katanya, bayaran balik itu kemudian boleh digunakan untuk membantu pembeli rumah lain, sekali gus membolehkan peruntukan kerajaan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima dalam jangka panjang.

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini pernah bercadang memperkenalkan skim serupa dikenali sebagai Deposit Madani, namun peruntukannya tidak diluluskan dalam Belanjawan 2025.

Iskandar turut merujuk skim “Your First Home” yang diperkenalkan kerajaan United Kingdom pada September lalu, yang membolehkan pembeli menyediakan deposit serendah 2.5% dengan sokongan pinjaman ekuiti kerajaan.

MyDeposit dilancarkan pada April 2016 untuk membantu isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 melalui bantuan deposit 10% daripada harga rumah atau maksimum RM30,000, mana lebih rendah.

Permohonan skim itu ditutup sepenuhnya dan tidak lagi ditawarkan sejak 2018.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.