Punch2027: Rainbow coalition won’t win votes in Kwara — Accord PartyInquirerTagum diocese: Refrain from sexualized comments about ‘handsome’ priestESPNTransfer rumors, news: Could Viktor Gyökeres leave Arsenal in January?The Jerusalem Post'You are the real target': Netanyahu warns Iran developing ICBMs, nuclear weapons to target US한겨레고립·은둔 청년 담은 쿠키·라면·도시락… 천안에서 특별한 편의점 열린다UOLPapa Leão 14 reaparece no Vaticano um dia depois de receber alta hospitalar após cirurgia no pulmão.Collider19 Years Later, Marvel’s New Doctor Doom Is Officially Conquering Streaming With a 10/10 ThrillerSky TG24Selma Blair dopo l'incidente in volo: “Non volevo fare del male a nessuno”South China Morning PostHong Kong excels at medical research. So what is holding it back?ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe Straits TimesPSI forecast to be between 100 and 190 on Oct 19, says NEAn-tvPeking will Vormacht sichern : China will Export wichtiger KI- und Solartechnologien einschränken
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

SKMM siasat akaun palsu hina Agong, Yang Dipertuan Besar

Translate

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa insiden tingkah laku tidak autentik terancang (CIB) yang menyasarkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, lebih 2,000 kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau bersifat sangat jelik dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti menghina Sultan Ibrahim.

“Siasatan awal SKMM mendapati kebanyakan akaun palsu yang menyerang Agong menerusi Facebook dipercayai berasal dari luar negara dan siasatan masih dijalankan.

“Sekiranya kita mengenal pasti secara positif individu-individu tertentu, kita akan usaha untuk bawa mereka ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Bagi kes yang menyasarkan Tuanku Muhriz, Fahmi berkata, sejumlah akaun palsu dipercayai diwujudkan kira-kira sebulan lepas sebelum digunakan untuk mencetuskan perbincangan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Sesetengah akaun, katanya, tidak mempunyai pengikut atau hanya mempunyai seorang pengikut, sekali gus menimbulkan syak bahawa ia diwujudkan bagi tujuan tertentu.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk memperkenalkan mekanisme kawal selia yang lebih tegas, termasuk proses Kenali Pelanggan Anda (eKYC) dan pengesahan umur, bagi membanteras buli siber menerusi platform pesanan segera seperti WhatsApp.

Beliau berkata, walaupun WhatsApp menetapkan had umur minimum 16 tahun untuk membuka akaun, platform itu masih menimbulkan cabaran dari segi keselamatan, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana komunikasi di dalamnya dilindungi penyulitan hujung ke hujung.

“Berdasarkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pada waktu ini mod komunikasi seperti WhatsApp belum lagi terpakai,” katanya.

“Jadi, saya akan minta pihak SKMM teliti dan berhubung dengan pihak Meta kerana mereka memperkenalkan WhatsApp, dan WhatsApp itu sendiri meletakkan had umur.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.