The Jerusalem PostSaudi Arabia increasingly threatened by Houthis' advance - analysisPunchSuspected herders ambush Benue DPO, kill two policemenInquirerTrial still on VP Sara Duterte’s wealth: 13.6-fold hike in 18 yearsESPN DeportesYankees amarra serie y sigue 3.5 juegos debajo de RaysESPNSource: Depleted Chargers adding Valdes-Scantling to practice squad한겨레이 대통령 “모든 이의 밤 밝히는 달처럼”…‘5극 3특’ 특산물 추석 선물Inquirer EntertainmentZsa Zsa Padilla grieves loss of brother SonnySözcüPiyasalar için kıyamet senaryosu gerçek oldu: Vanalar kapandı petrol üretimi durduSouth China Morning PostSouth Korean killer’s drone escape from Philippine prison foiled by test footageSky TG24Contributi Inps versati in ritardo, sanzioni e interessi più alti. Le novità e cosa cambiaThe Sydney Morning HeraldSwans star in the mix for preliminary final selectionBBC BusinessTraffic, tourism and economy among election concerns
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Di laluan maraton, Luke temui ‘Malaysia kecil’ yang dirindui

Translate

Ketika acara Score Marathon di Putrajaya, semangat Malaysia terserlah bukan melalui kibaran Jalur Gemilang atau laungan merdeka, tetapi menerusi satu tindakan kecil antara dua rakyat berbeza kaum, usia dan latar belakang.

Luke Chua, 43, yang menggunakan kerusi roda sejak mengalami kecederaan saraf tunjang pada usia 17 tahun, sedang menyertai perlumbaan itu apabila terlihat Zahidi Zein Lazim, 25, mengalami kekejangan otot.

Ketika peserta lain meneruskan larian untuk mengejar catatan masa masing-masing, Luke memilih berhenti.

Dia menghampiri Zahidi, menawarkan semburan bagi melegakan kekejangan dan membantunya melakukan regangan supaya dapat meneruskan perlumbaan.

Bagi Luke, keputusan itu mudah. Ketika itu dia tidak lagi mengejar catatan masa sendiri dan merasakan bantuan yang diberikan mungkin membolehkan Zahidi mencapai sasaran diinginkannya.

Tindakannya kemudian tular di media sosial, namun Luke tidak melihatnya sebagai sesuatu yang luar biasa.

Bangsa Zahidi juga langsung tidak terlintas di fikirannya. Baginya, apabila seorang rakyat Malaysia memerlukan bantuan, perkara paling wajar dilakukan adalah menghulurkan tangan.

Luke percaya kehidupan juga tidak selalunya meletakkan seseorang di pihak yang memberi.

“Hari ini mungkin saya bantu orang lain, tetapi pada hari lain mungkin saya yang perlukan pertolongan daripada rakyat Malaysia berlainan kaum atau latar belakang”.

Luke chua

Luke Chua adalah bekas atlet Para negara dalam bola keranjang berkerusi roda dan mewakili Malaysia pada kejohanan Para Asean serta Asia dari 2004 hingga 2023. (Gambar Luke Chua)

‘Malaysia kecil’ di laluan maraton

Bagi Zahidi, kesanggupan Luke berhenti ketika perlumbaan meninggalkan kesan mendalam, terutama apabila kebanyakan peserta ketika itu sudah kepenatan dan masing-masing mahu menamatkan larian dengan catatan terbaik.

Pengalaman itu memperlihatkan kepadanya bagaimana sukan mampu menyatukan rakyat apabila seseorang sanggup mengetepikan kepentingan sendiri demi membantu orang lain.

Kisah hidup Luke sendiri menjadikan pandangannya mengenai kebersamaan itu lebih bermakna.

Selepas mengalami kecederaan saraf tunjang, dia mengambil masa untuk menerima hakikat perlu menjalani kehidupan dengan kerusi roda. Namun keadaan itu tidak pernah memadamkan kecintaannya terhadap sukan.

Luke kemudian bergelar atlet Para negara dalam bola keranjang berkerusi roda dan mewakili Malaysia pada kejohanan Para Asean serta Asia dari 2004 hingga 2023.

Selepas bersara, dia memilih maraton kerana sukan itu memberinya peluang untuk berada dalam ruang yang sama dengan masyarakat umum, tanpa dipisahkan oleh keadaan fizikal.

Semangat yang dirindui

Sempena Hari Kebangsaan, Luke berharap semangat sebegitu tidak hanya ditemui ketika acara sukan.

Dia paling merindui suasana ketika zaman persekolahan apabila pelajar Melayu, Cina dan India boleh duduk semeja di kantin, berkongsi makanan dan bergaul tanpa terlalu memikirkan perbezaan.

“Pergaulan seperti itu membantu membina rasa saling mengenali, sebelum berkembang menjadi rasa sayang terhadap negara,” katanya yang menemui semangat itu dalam Kelana Jaya Running Club (KJRC).

Kelab itu menghimpunkan pelari daripada pelbagai kaum, usia dan latar belakang.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.