PunchFG’s illusory fuel price reliefESPN DeportesSolari, con mismos números que Efraín en su primer torneoEl ComercioMTC plantea reducir la TUUA de transferencia internacional en “no menos del 50%” en el aeropuerto Jorge Chávezالنهارالانتخابات النصفية تقترب... ترامب وما بعد القلق الكبير한겨레‘한동훈 딸 부실수사 의혹’ 고발건 서울경찰청으로 이관Bollywood HungamaBigg Boss 20: Qazi Touqeer recalls being labelled “arrogant” after turning down Ekta Kapoor’s TV offer in 2005: “Main chhota tha, 20 saal ka…”The Jerusalem PostIDF releases Sinwar letter encouraging Oct. 7 terrorists to plan broadcast of massacre footageInquirerRising fuel, other costs led to failed classroom construction bids – DPWHComplete SportsInfantino Apologises For World Cup Sell-off PlanCNN Türk33 ilde operasyon: Yasa dışı bahis çetesine ağır darbe!South China Morning PostBeijing enlists multiple regulators to probe EV safety issue that raised quality alarmsGIGAZINEAIに「人間20人と自分のサーバーのどちらを救う?」と尋ねたところ自分のサーバーを優先するAIが続出
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Anggota JPJ maut, rakan parah dirempuh lori di Senawang

Translate

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala rakannya parah selepas dirempuh lori ketika membuat pemeriksaan terhadap sebuah lagi kenderaan berat di KM256, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, sebelum susur masuk Senawang malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, berdasarkan maklumat awal, dua anggota JPJ itu sedang menjalankan tugas rondaan sebelum menahan sebuah lori jenis ‘low loader’ di lorong kecemasan berhampiran susur persimpangan Senawang.

“Bagaimanapun, sebuah lori lain secara tiba-tiba merempuh anggota serta kenderaan JPJ dari arah belakang,” katanya yang dipetik Buletin TV3 sebagai berkata.

Menurutnya, anggota JPJ yang parah kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Aedy Fadly berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Tambahnya, proses bedah siasat terhadap anggota JPJ yang meninggal dunia itu akan diadakan pagi ini sebelum jenazah dikembumikan di Seremban.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.