Daily MaverickPride is more than a parade — the importance of queer freedomInquirerMarcoleta suspended due to plunder caseESPN Deportes49ers alargan su invicto con victoria ante Commanders en MNFESPNALCS Game 6: Takeaways as Rays advance to World SeriesPunchPolice rescue Benue Catholic priest, seven others, arrest twoThe Jerusalem PostTrump accuses Iran of killing 75,000, says asking NATO for help during war was test한겨레[속보] 서울 역삼동 상가 화재…1명 심정지, 수십명 대피ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioהידעןתרומה לאוניברסיטה העברית: 250 מיליון דולר מג'ון פולסון ו-30 מיליון דולר להכשרת רופאיםVarietyAnurag Kashyap and Vasan Bala Present Mumbai Cab Thriller ‘Aakhri Ride’ for Halloween Release (EXCLUSIVE)Het Laatste NieuwsDe herfst is nu echt begonnen: “Vrijdag mogelijk eerste herfststorm met rukwinden tot 95 km/u”Business AMBelgië telt meer dan 1,2 miljoen bedrijven, maar bedrijfssluitingen nemen toe
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

JPPM batal pendaftaran PN

Translate

pemimpin pn

Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya selepas JPPM meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan bagi menjawab notis terdahulu susulan aduan dikemukakan Bersatu.
PETALING JAYA:

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dinyatakan notis terdahulu.

Keputusan JPPM dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) mengambil kira penelitian keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN, pada 12 Okt.

Katanya, notis bertarikh 22 Sept lalu dikeluarkan kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi memberi peluang kepada parti itu mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara dibangkitkan.

“Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, Pendaftar Pertubuhan mendapati alasan diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran sebagaimana dinyatakan dalam notis berkenaan.

“Ia juga tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 24 Sep, JPPM memaklumkan status semasa PN adalah digantung, sambil gabungan itu diberi tempoh munasabah menjawab notis dikeluarkan mengikut Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjelaskan aduan dilaporkan Bersatu.

JPPM berkata, justeru semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 Sept sejajar Subseksyen 13(2A) Akta 832.

Pada 5 Okt, PN memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis dikeluarkan JPPM berkenaan.

Pada 13 Okt, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PN mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar dua notis dikeluarkan JPPM.

Namun, Hakim Azizan Arshad tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti gabungan itu oleh JPPM untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.