Daily MaverickIsraeli exit polls show deadlock, point to setback for NetanyahuESPN DeportesDoble-doble de KAT da a Knicks su primer triunfoPunchLagos Assembly okays state police, demands clear power-sharingESPNFantasy basketball H2H Category and Roto rankings: Daniels, Kessler move upThe Jerusalem Post'Eretz Nehederet' tackles Israel's election-night drama with Gal Gadot, political satireZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioХабрПроект «Фобос» последня экспедиция Советского Союза к МарсуNew Straits TimesSaifuddin: House arrest Bill for remand prisoners in final review stageBBC 中文姆巴佩就「中國獨裁者」迷因道歉:風波背後的資訊真空與「毛澤東熱」VarietyOscars Will ‘Always’ Reward Human Excellence in AI Era, Academy Chiefs Say as They Leave Door Open to International Feature Rule Tweaks (EXCLUSIVE)CBS News8-month Iran war looms large over Israeli electionSözcüSon dakika... İsrail'de seçim sandıkları kapandı
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Bekas polis gesa AG teliti semula repot 2015 dakwa dikasari Shuhaily

Translate

Seorang bekas anggota polis menggesa Peguam Negara meneliti semula laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (APKS), Shuhaily Zain kerana didakwa mengasarinya dalam satu kejadian pada 2015.

Peguam Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin yang kini mewakili bekas anggota polis berkenaan, Saifuddin Abdul Kader berkata anak guamnya membuat laporan polis terhadap Shuhaily pada 19 Nov 2015, ketika ketua pengarah AKPS itu berkhidmat sebagai ketua polis Hilir Perak.

“Susulan pertuduhan dikenakan terhadap Shuhaily kerana menyerang dua anggota polis mingu lalu, kami menerima maklumat awam daripada pengadu yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan beliau pada 2015.

“Pengadu membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 19 Nov 2015 tetapi malangnya sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily susulan laporan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Saifuddin yang merupakan anggota polis berpangkat rendah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran dalam perkhidmatan selepas laporan dibuat sehingga akhirnya membawa kepada pemberhentian dalam pasukan itu.

Menurut laporan polis itu, Saifuddin mendakwa kejadian itu berlaku pada 17 Nov 2015 ketika dia sedang bertugas menjaga pos pengawal di IPD Hilir Perak.

Saifuddin mendakwa dia dimarahi di hadapan anggota polis yang lain dan turut dipukul di bahu kiri kerana tidak sempat memberi tabik hormat kepada Shuhaily.

Dia juga mendakwa Shuhaily mengugut mahu menukarkannya ke Sabah atau Sarawak serta mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya.

Peguam itu berkata susulan tindakan Peguam Negara yang tanpa diskriminasi mendakwa Shuhaily di mahkamah kerana menyerang dua anggota polis sebelum ini, pengadu merasakan dia masih ada peluang untuk mendapat keadilan.

“Kami mengemukakan permohonan rasmi kepada Peguam Negara supaya laporan polis tersebut dapat diteliti dan dipertimbangkan semula demi memastikan kedaulatan undang-undang terus dipertahankan tanpa sebarang diskriminasi,” katanya.

Shuhaily mengaku tidak bersalah pada 21 Okt lalu atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua pegawai polis di Terminal 1 KLIA pada 28 Sept.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah Majistret membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan 25 Nov untuk pengurusan kes.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.