CNN TürkO kural esnetildi! 2. eve kredi imkanı...PunchGeorge Washington’s hair sells for $4,000 at auctionThe Jerusalem Post'Through blood and fire': Settlers attack Palestinian property across at least four West Bank sitesSky TG24Sanità, le donne sono il 70% del personale ma solo il 40% è leader. Il rapportoZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioHet Laatste NieuwsTrumps peperdure oorlogsschepen dreigen miljarden meer te kosten dan gepland: Amerikaanse marine kreunt onder oorlog met Iran경향신문멕시코 ‘마약왕’ 엘 차포 이시드로 체포···검거 과정서 11명 사망·곳곳서 방화·총격SportstarSMAT Live Score, Round 5: Vidarbha takes on Gujarat; Kunal Rathod scores century for Rajasthan vs MizoramSözcüMeksika'da kartel operasyonu: 7 silahlı kişi öldürüldü, 4 asker hayatını kaybettiRai NewsTensione nel Baltico, bombe di Mosca e Kiev sulle navi cargo. Attacco di droni su Krasnodar, RussiaGhaflaSifuna Leads November 2026 Presidential Opinion Poll Ahead of Ruto and Matiang’iSouth China Morning PostSouth Korea’s education minister quits amid backlash over anti-cheating exam checks
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Jelaskan kerjasama BN-PN kepada akar umbi, Zahid beritahu MCA

Translate

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berharap MCA dapat mendekati pengundi akar umbinya untuk menjelaskan mengapa gabungan itu memilih bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam tiga PRN.

Zahid yang juga presiden Umno mengakui anggota MCA mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai kerjasama dengan gabungan pimpinan PAS itu, sambil menambah bahawa perkara tersebut adalah lumrah.

“Persetujuan (kerjasama) di peringkat kepimpinan (BN) sudah kita capai… Saya mahu MCA pastikan akar umbi faham apa yang kita persetujui dan mengapa kita ambil langkah ini.

“Sebagai presiden Umno, saya mahu masyarakat Melayu dan Islam mencari titik persamaan dan bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung MCA.

Zahid turut mengulangi bahawa BN mewakili suara semua rakyat Malaysia dan sekali lagi menyatakan komitmen gabungan itu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya mengambil alih kerajaan persekutuan.

Beliau menambah, tidak kira gabungan atau parti mana yang bekerjasama dengan BN, identiti dan prinsipnya akan kekal.

BN memenangi 48 kerusi ketika bertanding solo di Johor, sebelum membentuk kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan dan Melaka, yang masing-masing memperoleh 25 dan 24 kerusi di negeri berkenaan.

Pada PRN Johor pada Julai, PAS menyeru anggota dan penyokongnya supaya mengundi calon Umno atau BN di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Jangan bertelagah mengenai pilihan raya PBT, kata Zahid

Zahid turut menggesa Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon dan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyelesaikan perselisihan terbuka mereka berhubung pilihan raya kerajaan tempatan.

“Jangan bergaduh. Ini bukan isu besar,” katanya secara berseloroh dalam bahasa Mandarin.

Semalam, Pemuda MCA meluluskan resolusi yang menggesa kerajaan menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan, bermula di Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak mempunyai dewan undangan negeri.

Ling berkata, pilihan raya kerajaan tempatan akan memberi peluang kepada penduduk memilih wakil mereka, seperti pengundi di negeri lain memilih Adun masing-masing.

Akmal kemudian mengkritik cadangan Pemuda MCA itu dengan berkata pendirian tersebut tidak dikongsi oleh Pemuda Umno atau Pemuda BN.

Umno berulang kali menentang usaha menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan dengan alasan ia akan membebankan pembayar cukai, menimbulkan kebimbangan terhadap polarisasi kaum yang lebih besar serta berpendapat DUN sudah melaksanakan fungsi yang diperlukan.

Pilihan raya kerajaan tempatan digantung pada 1965 susulan pengisytiharan darurat ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia, dan dimansuhkan sepenuhnya pada 1966.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.