Daily MaverickDemocrats gain ground in battle for Congress with North Carolina flipBollywood HungamaAditya Roy Kapur and Tara Sutaria's film with Milap Zaveri titled Parwana한겨레통장 빌려주다 범죄조직에 취직한 청년들…157명 입건InquirerDizon: Buses with discounted fares augment LRT-2 service starting Nov. 4BillboardKATSEYE Postpones Detroit Concert Due to IllnessZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüTrump için felaket tablosu: İlk açıklamayı yaptıLenta.ruЕще одного популярного российского рэпера внесли в базу ГУР Минобороны УкраиныTagesschauUS-Zwischenwahlen: Erste Erfolge für die DemokratenDaily MailTrump insists Republicans would have won in a 'landslide' if he was on the ballot as GOP faces midterms 'massacre': Live updatesNHK 社会“北朝鮮が日本海に向けてミサイル数発を発射”韓国軍発表SDP EspectáculosPremios HEAT 2026: Juan Magán gana como DJ del Año y agradece el apoyo de sus fans
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Bekas ketua DAP Melaka tak boikot kempen, kata calon Duyong

Translate

Walaupun bekas Adun Duyong Damian Yeo memutuskan untuk memboikot kempen Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka, calon gabungan bagi kerusi itu, Poo Long Suan berkata, beliau tetap menerima bantuan daripada Yeo atas kapasiti peribadi.

Poo yang juga ahli Jawatankuasa Aduan DAP Melaka berkata, Yeo membawanya bertemu beberapa individu yang boleh membantunya di Duyong, menambah, ‘usaha beliau tetap ada’.

Damian Yeo.

“Saya baru sahaja bertemu dengannya beberapa hari lepas, dan beliau ada beri nasihat, malah temani saya ke pejabat untuk isi borang penamaan calon.

“Kami sempat berbual panjang, dan beliau turut cadangkan beberapa individu yang mungkin boleh bantu saya,” katanya kepada FMT.

Poo ditanya sama ada ketiadaan Yeo dalam aktiviti kempen akan menjejaskan usahanya mendekati pengundi, memandangkan bekas Adun itu cukup mengenali kawasan itu.

Bekas ketua DAP Melaka itu sebelum ini mengumumkan beliau akan menjauhkan diri daripada kempen PH susulan spekulasi mengenai persefahaman pilihan raya antara gabungan itu dengan Bersatu, menyentuh peranan parti itu dalam kejatuhan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri Melaka pimpinan PH pada 2020.

Yeo dipilih sebagai Adun Duyong pada 2018 sebelum tewas kepada calon Umno, Noor Helmy Abdul Halem, dengan majoriti tipis 200 undi pada 2021.

Noor Helmy, yang ditentang Poo dalam pertembungan satu lawan satu bagi kerusi itu, telah meraih pengikut yang ramai di media sosial.

Halaman Facebook beliau kerap memaparkan video Noor Helmy beramah mesra dan bergurau senda bersama penduduk pelbagai kaum, termasuk seorang warga emas dikenali sebagai ‘Uncle Wong’, yang turut mempunyai kelompok peminatnya tersendiri dalam talian.

Apabila ditanya sama ada populariti Noor Helmy akan memberi cabaran kepada kempennya, Poo berkata, fokus utama wajar diberikan kepada usaha menyantuni penduduk, mengenal pasti masalah mereka, dan mengambil tindakan susulan sehingga isu selesai.

“Bagi saya, keikhlasan berkhidmat untuk kawasan ini jauh lebih penting berbanding mengejar publisiti menerusi video sekadar untuk menghiburkan orang ramai.

“Ahli politik sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, bukannya jadi pelakon,” katanya.

Poo Long Suan berkata, seorang Adun sepatutnya tumpu usaha dekati penduduk, selesai masalah mereka, bukan kejar populariti di media sosial.

Poo berkata, pengalamannya berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut menjadi kelebihan buat dirinya.

“Sebagai ahli majlis, tugas kita seolah-olah penjawat awam separuh masa. Namun, sebagai Adun, kita penjawat awam sepenuh masa,” katanya.

Hari pengundian bagi PRN Melaka ditetapkan pada 14 Nov, manakala undi awal pada 10 Nov.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.