The Jerusalem PostJim Bakker, TV preacher felled by scandals, dies at 86CNN TürkÖZET | Fransa, Belçika karşısında son dakikalarda farka gittiPunchTrump approves firing squad execution of US Army base shooterESPN DeportesBraves saca triunfo de Los Ángeles y va a casa 1-1InquirerDay 34 of Duterte trial: Defense resumes AMLC records cross-examESPN🏈 CFB Power Rankings: Miami moves up, Missouri, Pitt make listDaily MaverickWELLNESS: Should you track your sleep? The pros, cons and realities of sleep trackersBollywood HungamaRam Gopal Varma reacts to Janhvi Kapoor ‘Chuttamalle’ song deepfake row: “The smart thing would have been to concentrate on catching the perpetrator”Observador DesportoExportações lusófonas para a China fixam novo recordeHet Laatste NieuwsKIJK. Gezicht van Netanyahu spreekt boekdelen wanneer toespraak tijdens herdenkingsdag wordt verstoordSözcüMersin Büyükşehir Belediye Başkanı Vahap Seçer tutuklandıBBC SportBorn into Celtic, made at Motherwell, Welsh comes of age with Scotland
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Ahli Parlimen DAP lapor SPRM isu RM2.1 bilion KKDW

Translate

Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung peruntukan bagi projek Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Wakil rakyat DAP itu menggesa agensi antirasuah itu menyiasat peranan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berhubung perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan dan perbelanjaan bagi projek jalan luar bandar itu.

Chong berkata laporan itu dibuat di pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman bahawa agensi berkenaan akan menyiasat perkara itu selepas menerima aduan rasmi.

“Aduan rasmi itu kini telah dibuat. SPRM mesti menunaikan kenyataannya dan memulakan siasatan secara bebas,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1 Okt, Abd Halim dilaporkan berkata SPRM hanya mengetahui dakwaan berhubung perbelanjaan KKDW itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi untuk tindakan lanjut.

Chong berkata siasatan perlu menentukan sama ada kontrak atau komitmen kewangan dibuat sebelum pembiayaan mencukupi diluluskan, selain meneliti kemungkinan berlaku penyalahgunaan kedudukan atau ketidakteraturan dalam urusan perolehan dan pembayaran.

Beliau turut mahu SPRM meneliti dokumen kewangan dan kontrak berkaitan bagi menentukan bila sebarang pelarasan peruntukan diluluskan dan sama ada ia dibuat sebelum atau selepas liabiliti kontrak terkumpul.

Laporan Chong itu dibuat selepas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Zamzuri Abdul Aziz pada 1 Okt lalu menjelaskan isu dakwaan KKDW berbelanja melebihi peruntukan itu sudah selesai.

Tetapi beliau tidak memperincikan penyelesaian berkenaan.

Zahid sebelum ini turut menafikan KKDW berbelanja melebihi peruntukan diluluskan, dengan menegaskan kementeriannya hanya berbelanja mengikut jumlah yang diluluskan kerajaan atau dinyatakan dalam belanjawan.

Penafian itu dibuat selepas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican memaklumkan KKDW sejak beberapa tahun lalu membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan diluluskan bagi projek jalan luar bandar.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.