Abdul Aziz dilantik timbalan KPN baharu

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, berkuat kuasa 9 Sept.
Beliau menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay, yang bersara daripada pasukan polis pada Julai selepas hampir 35 tahun berkhidmat.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan pelantikan Aziz, atas nasihat perdana menteri, berdasarkan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang kepolisan, Aziz mempunyai kompetensi dan daya kepimpinan yang tinggi sebagai timbalan ketua polis negara,” katanya dalam satu kenyatan.
Aziz, 59, merupakan timbalan pengarah di Cawangan Khas Bukit Aman sebelum menjadi pengarah pengurusan Bukit Aman pada 2024.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan ketua Polis Pulau Pinang dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.