ESPN DeportesClaves del triunfo de Barcelona vs Racing en LaLiga, J6The Jerusalem PostTrump to meet Gulf leaders for Iran war talks next week - reportוואלהאבו מאזן לא יורשה להיכנס לעצרת האו"ם גם השנהESPNFBS oversight committee can't overturn WMU loss despite improper protocolsInquirerCamarines Norte robbery-shooting suspect nabbed after 8 hours한겨레지스트 연구팀, 전자레인지·세탁기 작동시키는 AI로봇 기술 개발UOLCâmara de Deputados dos EUA aprova projeto de lei para conter impacto de data centers na conta de luzKhaosod EnglishImmigration police bust Japanese-targeting scam call centreVanguardWhat AI is teaching us about human communication, by Ruth OjiScreen RantMindhunter Meets Sharp Objects In Emmy-Winning Psychological ThrillerLa NaciónFinal de Gran Hermano, EN VIVO: hoy se conoce al ganador de la generación dorada, cómo votarStraits Times SportCrocodile-ridden Rockhampton river venue cleared to host Brisbane 2032 rowing
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Nahas FDS: KKM nafi tiada wakil pengurusan tertinggi hadir pengebumian mangsa

Translate

Dakwaan bahawa tiada wakil pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) hadir pada upacara pengebumian mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) di Sarawak adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata dakwaan itu perlu diperbetulkan kerana beliau sendiri berada di lapangan bagi menyantuni keluarga mangsa di Miri dan Kuching, selain memberikan penghormatan terakhir kepada anggota pasukan FDS yang terkorban.

“Saya sendiri berada di lapangan, menyantuni keluarga mangsa di Miri dan Kuching mewakili Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan pengurusan tertinggi KKM serta memberi penghormatan terakhir kepada rakan-rakan pasukan FDS yang amat saya kasihi.

“Dr Dzulkefly, Ketua Setiausaha Hasnol Zam Zam Ahmad (ke Kota Bharu) dan Timbalan Ketua Setiausaha ke Senawang dan saya sendiri ke Miri dan Kuching. Itulah aturan yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi KKM,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Ismuni berkata kehadiran beliau bukan sahaja atas kapasiti rasmi, tetapi juga atas dasar kemanusiaan dan keakraban dengan pasukan FDS yang pernah disertainya, selain sebagai anak jati Sarawak dan Ketua Program Kesihatan Awam Kebangsaan.

“Semoga kita terus menghormati mereka yang telah pergi dan bersama-sama memberikan sokongan serta kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa menteri kesihatan seharusnya memberi penghormatan terakhir kepada keluarga mangsa FDS di Sarawak dan bukannya menghadiri persidangan di ibu negara semasa urusan pengebumian mangsa dilakukan.

Ismuni berkata portal berita berkenaan sepatutnya membuat semakan dan memperbetulkan fakta dalam penulisan mereka, sebelum tindakan undang-undang diambil.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.