InquirerLPA off Palawan to bring rains across parts of PHThe Jerusalem PostEyal Waldman backs Eisenkot, warns Netanyahu win could threaten Israel’s democracy, economyPunchAisha Buhari visits AtikuDaily MaverickPHOTO ESSAY: Johannesburg’s walls are giant canvases for the city’s storiesוואלהבשל סירוב ויזה: אבו מאזן (שוב) לא ישתתף בעצרת האו"ם한겨레‘땅’ 아닌 ‘계획’ 부족… 국내 태양광 잠재량, 2030년 목표 4배Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Abundantia Entertainment and Almighty Motion Picture join hands for Kodaikanal Mercury thriller Heavy MetalSözcüBankaların tuzak kelimesi: Telefonda söylerseniz borçlu çıkarsınızCNN TürkBORSA NEDEN DÜŞTÜ? BİST 100’de sert düşüş | Borsa İstanbul bugün neden düşüyor, son durum ne?The South AfricanTides: High and low tide times as heavy rain hitsObservador DesportoAs notícias das 7hDaily MailPutney Pusher suspect is found dead: Millionaire HSBC banker, 44, and ex-Army captain with links to royalty was under investigation in hunt for jogger who shoved woman into path of bus
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Polis marin rampas rokok, minuman keras hampir RM5.37 juta

Translate

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai hampir RM5.37 juta menerusi tiga serbuan di Sandakan dan Kota Kinabalu pada 14 dan 15 Sept lepas.

PPM Wilayah 4 Sabah memaklumkan serbuan pertama dilaksanakan menerusi Operasi Bersepadu Khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah jeti tidak berdaftar di tepi Sungai Seguntur, Sandakan kira-kira 1.30 pagi pada 15 Sept, hasil maklumat dan risikan.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan manakala 1.82 juta batang rokok tidak bercukai pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dirampas, dengan nilai dianggarkan RM2.564 juta.

Berdasarkan maklumat susulan daripada tangkapan berkenaan, pasukan serbuan kemudian mengesan sebuah lagi bot laju yang disembunyikan di celah pokok bakau di Sungai Seguntur.

Pemeriksaan terhadap bot itu menemukan 1.73 juta batang rokok tidak bercukai pelbagai jenama bernilai kira-kira RM2.326 juta.

Sementara itu dalam operasi berasingan pada 14 Sept, PPM Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah gudang tidak bernombor di Kampung Dambai, Jalan Tuaran Bypass di sini dan menemukan 43,200 tin minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM478,506.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Menurut kenyataan itu, bagi tempoh Januari hingga 15 Sept tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 61 kes di bawah Akta Kastam 1967 membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM8,386,812.61 serta 40 tangkapan.

PPM Wilayah 4 Sabah memaklumkan kejayaan itu mencerminkan keberkesanan perkongsian risikan dan kerjasama strategik dengan SPRM dalam memperkukuh tindakan penguatkuasaan serta membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran barangan tidak bercukai.

Pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan, memperkukuh perkongsian maklumat dan meningkatkan kerjasama antara agensi bagi memastikan kegiatan penyeludupan dapat dibanteras secara berterusan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.