Daily MaverickCOLOUR COORDINATION: Bad light in the first Proteas-Aussies Test reignites the pink ball debateCNN TürkFransa sokakları alev alev! Polis ile göstericiler karşı karşıyaESPN DeportesChivas no puede con diez de Tigres y se queda con un empate en casaThe Jerusalem PostFatalities reported after 'serious incident' triggers major fire at Canadian military baseESPNPanthers become 1st team in NHL history with natural hat tricks in 3 straight gamesZDF heuteManipulation durch GerrymanderingCBS NewsElusive murder suspect falls victim to detectives' chewing gum stingRMF24Jeremy Sochan nagle zwolniony z Portland Trail Blazers. Komunikat klubu ws. PolakaHet Laatste NieuwsStraf nummer: Jarno Widar vloert Tom Pidcock en pakt eindzege in Ronde van Guangxiالنهارما الأطعمة التي تخفض ضغط الدم من دون دواء؟CumhuriyetİSKİ açıkladı: 18 Ekim 2026 İstanbul baraj doluluk oranları yüzde kaç oldu? Barajlarda don durum!PunchPepsi’s yellow caps confuse consumers, spark fake product concerns
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Wawasan mahu Sungai Udang, Bemban, Hamzah beritahu Umno

Translate

Wawasan menegaskan hasrat mempertahan DUN Sungai Udang dan Bemban pada PRN Melaka sebagaimana Umno mahu mengekalkan 21 kerusi disandang, kata Presiden Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, menjadi hak Wawasan bertanding dua kerusi itu berdasarkan konsep ‘pertahankan kerusi menang’ pada PRN lalu.

“Kalau konsepnya Umno kata mereka hendak mempertahankan kerusi yang mereka menang, kenapa pula mereka tak nak beri saya (Wawasan) mempertahankan kerusi untuk kami menang?

“Kalau mereka hendak kerusi kami, kami boleh bagi tetapi duduklah sama-sama. Kita bincang kerusi yang sesuai dan kerusi yang boleh menentukan kemenangan sama ada di pihak Perikatan Nasional (PN) ataupun Barisan Nasional (BN),” katanya menurut Utusan Malaysia, di Jasin.

Katanya, Wawasan tidak menolak keperluan menyusun semula pembahagian kerusi, namun rundingan itu perlu mengambil kira kepentingan semua pihak.

DUN Sungai Udang disandang Dr Aleef Yusof, manakala Bemban disandang Dr Yadzil Yaakub, di mana keduanya merupakan calon Bersatu pada PRN Melaka 2021, sebelum menyertai Wawasan.

Hamzah ketika mengulas lanjut, berkata tidak seharusnya hasrat partinya diketepikan hanya kerana terdapat parti lain yang turut berminat bertanding di kawasan dua kawasan tersebut.

“Kalau mereka hendak kerusi mana-mana sekalipun boleh, tetapi saya hendak maklumkan kami hendak pertahankan kerusi kami. Kalau mereka hendak, kenalah duduk dengan kami untuk kita bincangkan kerusi yang sesuai,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.