Anak direman 7 hari kes ibu maut dijerut
Seorang lelaki direman tujuh hari kerana dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di Banting semalam.
Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Radzi, berkata suspek dalam lingkungan 20-an itu direman mulai hari ini hingga Jumaat depan.
“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan motif kejadian sedang disiasat,” katanya menurut Sinar Harian.
Semalam, media melaporkan mangsa berusia 50-an itu dipercayai dijerut di bahagian leher dan anak lelaki mangsa yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.