ESPN DeportesSantos remonta a Toluca y logra su segundo triunfo de visita en 41 partidosESPNLisa Leslie statue, 'The First Lady,' unveiled on L.A.'s Star Plaza한겨레추석 연휴 전국 13개 공항 이용객 81만명…일 평균 이용객 지난 추석 대비 2% 증가InquirerSara Duterte blames Marcos admin over recent school shootingsInquirer EntertainmentKim Chiu’s sister Lakam under police custody after arrest over qualified theftUOLComo proteger a saúde em meio à 'gangorra térmica' que deve atingir São PauloABC NewsICE officer shoots and injures man in Austin: Policeالنهاراستبعاد الحرب المباشرة بين روسيا والناتوRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteWirtualna PolskaKolejny alert do Amerykanów. Tym razem wirtualnej ambasady w IranieEl ComercioTemblor en Colombia: últimos sismos reportados por el SGC경향신문장안동 지하창고에서 89억원 위조품 무더기로··· “서울 특사경 수사 역대 최대 규모”
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

Portfolio Sabah, Sarawak kini lebih daripada sekadar penyelaras, kata penganalisis

Translate

Peranan menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak dilihat semakin meluas apabila kepentingan kedua-dua wilayah diterjemahkan dalam pelbagai dasar persekutuan, daripada bantuan kos sara hidup dan pengangkutan sehingga isu kewangan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata penganalisis.

Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, perkembangan itu menunjukkan portfolio berkenaan yang disandang Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud sejak Disember tahun lalu, kini tidak lagi sekadar berfungsi sebagai penyelaras antara Putrajaya dengan kerajaan Sabah dan Sarawak.

Sebaliknya, katanya, menteri terbabit semakin mempunyai ruang strategik untuk memastikan isu berkaitan Borneo dipertimbangkan ketika sesuatu dasar dibentuk di peringkat persekutuan.

“Peranan portfolio ini telah berkembang melebihi fungsi penyelaras pentadbiran semata-mata, dengan penglibatan aktif untuk merangka dasar persekutuan sebelum dimuktamadkan di peringkat Kabinet,” katanya kepada FMT.

Syahruddin berkata, kedudukan itu membolehkan perkara berkaitan hak perlembagaan, peruntukan kewangan, pembangunan infrastruktur dan masalah sosioekonomi setempat diketengahkan secara lebih langsung dalam proses membuat keputusan kerajaan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika sambutan Hari Malaysia mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan Sabah dan Sarawak, termasuk pemberian khas interim RM1.5 bilion kepada Sarawak, penambahbaikan Budi Madani Diesel serta bantuan RM500 secara sekali beri kepada pelajar baharu institut pengajian tinggi awam yang layak menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Anwar turut berkata, pemberian khas interim bagi Sabah sebelum ini dinaikkan kepada RM1.5 bilion sementara rundingan berkaitan hak negeri itu diteruskan.

Menurut Syahruddin, rangkaian pengumuman itu penting kerana ia menyentuh keperluan berbeza rakyat di Malaysia Timur, termasuk kekangan geografi dan kos pergerakan yang tidak semestinya sama dengan keadaan di Semenanjung.

“Kehadiran portfolio khusus Sabah dan Sarawak membolehkan penyelesaian lebih bersasar diketengahkan berdasarkan realiti kedua-dua wilayah,” ujarnya.

Bukan hanya soal bantuan

Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berkata, peranan portfolio berkenaan tidak seharusnya terbatas kepada membawa isu kebajikan rakyat, sebaliknya perlu memastikan hak Sabah dan Sarawak sentiasa dipelihara dalam hubungan dengan kerajaan persekutuan.

Beliau menyifatkan menteri berkenaan sebagai penghubung penting antara Putrajaya dengan kedua-dua wilayah, khususnya apabila melibatkan dasar yang memerlukan kefahaman terhadap keunikan struktur persekutuan.

“Portfolio menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak menjadi orang tengah antara Putrajaya dengan Sabah dan Sarawak bagi memastikan kehendak dan hak negeri sentiasa dijaga dan dipelihara,” katanya.

Menurut Arvin, peranan itu semakin penting apabila perkara berkaitan Sabah dan Sarawak merangkumi bukan sahaja kebajikan harian, tetapi juga isu federalisme dan pelaksanaan MA63.

MA63 jadi ujian seterusnya

Bagaimanapun, kedua-dua penganalisis berkata kemajuan menerusi beberapa dasar terkini belum boleh menjadi ukuran tunggal keberkesanan portfolio itu.

Arvin berkata, menteri berkenaan perlu lebih proaktif dalam membawa isu MA63, selain memperjelaskan kepada rakyat perkembangan rundingan antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

“Menteri perlu lebih proaktif dalam membawa isu MA63.

“Maklumat berkaitan juga perlu sentiasa disebarluaskan kepada rakyat, terutama mengenai peringkat mana yang telah disepakati oleh kerajaan pusat dan negeri,” katanya.

Syahruddin pula berkata, ukuran lebih besar ialah keupayaan mencapai penyelesaian berstruktur bagi isu MA63, termasuk perkara berkaitan hak hasil dan pemindahan kuasa pentadbiran.

“Walaupun pengumuman terkini mencerminkan kemajuan positif, ia hanyalah langkah awal dalam usaha merapatkan jurang pembangunan sedia ada.

“Keberkesanan sebenar memerlukan komitmen berterusan bagi merealisasikan baki tuntutan dalam MA63 secara menyeluruh demi keadilan sosioekonomi rakyat,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.