The Jerusalem PostEl-Sayed lost Jewish support over Israel, antisemitism, but got over 50% of Jewish votes - report한겨레오픈AI CFO “AI 데이터센터 투자 계속”…‘반대 표심’ 돌파 의지ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: औकिब नबी ने शुरुआती दो विकेट लिए; न्यूजीलैंड 11/2 (6) बनाम भारतThe Sydney Morning HeraldBracey's cheeky sledge fires up J-MacVanguardI’ll ask my father, by Stephanie ShaakaaBBC MundoDe qué se acusa a Santiago Peña, el presidente de Paraguay que fue destituido por el Congreso en juicio político tras la crisis de Ueno BankVarietyTaiwan’s Chunghwa Telecom Unveils 10 Content Investments, From ‘Gunshot’ to ‘Call of Lobster’中国新闻网从实验室到“蓝色粮仓”: 一颗紫海胆的海洋牧场协商路Malay MailAnwar says Pakatan banking on multiracial appeal, candidate integrity in Melaka pollsSouth China Morning PostUS regulator investigates tumour risk in children given Novartis gene therapyRai NewsThe Voice Senior, Francesca Magnelli canta "Nei giardini che nessuno"
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Bayar denda Najib mampu lonjak semangat BN menjelang PRN, kata penganalisis

Translate

Penganalisis berpendapat pembayaran denda RM50 juta terhadap Najib Razak yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dijangka dapat melonjak semangat ahli Barisan Nasional (BN), khasnya ketika PRN Melaka hanya berbaki seminggu lagi.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, akar umbi Umno akan menghargai usaha kepimpinan parti memastikan Najib dapat menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Usaha parti itu mengumpul dana menerusi tabung solidariti dilancarkan 18 Sept lalu selepas Najib diberikan pengampunan bersyarat.

“Saya fikir akar umbi Umno, bukan saja di Melaka, tetapi di seluruh negara gembira kerana parti telah berusaha ke arah ini. Ia suntikan semangat besar buat BN dan Umno di Melaka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting menyifatkannya ‘hikmah’ untuk parti itu susulan perjanjian keyakinan dan perbekalan yang dimeterai antara gabungan kerajaan dan parti pembangkang, Bersatu.

Beliau berkata, usaha Umno membantu Najib juga berpotensi mendorong parti itu dan BN terus bertahan tanpa bergantung kepada gabungan lain.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

“Walaupun perjanjian itu mungkin melemahkan kuasa tawar-menawar BN di Putrajaya, ia boleh membangkitkan sesuatu yang jauh lebih penting di peringkat akar umbi, iaitu naluri untuk terus bertahan dalam politik bersendirian.”

Semalam, Umno membayar denda RM50 juta yang dikenakan ke atas Najib untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Tetapi, Jabatan Peguam Negara memohon pelaksanaan tahanan rumah itu ditangguhkan sehingga semakan dilakukan terhadap pengampunan bersyarat serta perintah pelepasan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

PH berdepan cabaran di Melaka

Zaharuddin berkata, Pakatan Harapan (PH) dalam dilema kerana perlu berdepan penyokongnya di Melaka yang mungkin hilang semangat, khasnya jika Najib diletakkan bawah tahanan rumah ketika gabungan itu menerajui kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, PH banyak berkompromi terhadap janji reformasinya demi mendapatkan sokongan Parlimen mencukupi untuk terus berkuasa, khususnya selepas mula bekerjasama dengan bekas seterunya, BN.

“Bahaya terbesar yang mungkin dihadapi PH bukannya pengundi tiba-tiba beralih sokongan kepada BN atau Perikatan Nasional, sebaliknya ia mungkin sesuatu yang lebih senyap, tetapi sama buruk kesannya, iaitu keletihan politik, semangat semakin luntur dan penyokong memilih tidak keluar mengundi.

“Pengundi yang marah masih boleh dipujuk, tetapi pengundi yang tidak peduli jauh lebih sukar untuk digerakkan.”

Jelasnya, sentimen sedemikian lebih ketara dalam kalangan pengundi muda dan bandar yang pernah menganggap PH sebagai wadah untuk membawa reformasi politik.

Namun, beliau turut mengingatkan supaya tidak membuat andaian penyokong PH di Melaka secara automatik akan menghukum gabungan itu menerusi peti undi pada 14 Nov ini.

“Ia banyak bergantung kepada keupayaan Anwar untuk membuktikan aturan (tahanan rumah) itu dapat mempercepatkan reformasi institusi dan menambah baik tadbir urus.”

Senjata politik buat Bersama?

Azmi berkata, Bersama boleh menggunakan isu itu untuk menyerang Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang berjanji akan melepaskan jawatan menteri pengangkutan, jika tahanan rumah itu dilaksanakan.

Zaharuddin yang senada berkata, Bersama boleh berhujah kepada penyokong PH bahawa gabungan itu terlalu obses untuk mengukuhkan kuasa di Putrajaya sehingga semakin sanggup mengorbankan prinsip politiknya.

“Peluang terbesar Bersama bukan sekadar meyakinkan pengundi bahawa PH telah gagal, sebaliknya memujuk pengundi kecewa dengan politik bahawa mereka mempunyai pilihan lain yang boleh dipercayai.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.