PunchWike remains an asset to APC, shouldn’t be embarrassed — LawmakerInquirer8 ex-NPA rebels surrender in Northern SamarCNN TürkBORSA NEDEN DÜŞTÜ? BİST 100’de sert düşüş | Borsa İstanbul bugün neden düşüyor, son durum ne?וואלההמשטרה נערכת לדרבי התל אביבי בכדורסל: מאות שוטרים יתפרסו באזור היכל מנורהThe Jerusalem PostJustice Minister allows Shin Bet to decide on security for party leaders after full panel no-showInquirer EntertainmentTeenage fan dies after medical emergency before Stray Kids concert in ArgentinaRTP DesportoLiga Europa. Benfica vence AC Milan de Rúben Amorim por 2-0UOLPeter Max, conhecido pela arte símbolo dos anos 1960, morre aos 88 anosХабрОтказоустойчивость в мультиклауде: архитектура и реальные кейсыObservador DesportoCanadá vai defender aproximação à UE no Parlamento EuropeuThe RegisterJudge orders Microsoft to spill internal docs and scour execs' comms in secondhand licensing caseIl Fatto Quotidiano“Ce l’avete fatta a farmi scendere la lacrimuccia”: Edelfa Chiara Masciotta rompe il silenzio sull’incidente che le ha cambiato la vita con cinque operazioni
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Mahkamah Rayuan tangguh dengar keterangan tambahan kes Rosmah

Translate

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rakaman keterangan tambahan seorang saksi dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Azhahari Kamal Ramli membenarkan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Rosmah tidak membantah selepas perbincangan antara kedua-dua pihak pagi tadi.

Peguam Rosmah, Amer Hamzah Arshad mengesahkan perkara itu dan berkata pihak pendakwaan memberi jaminan kepada pembelaan bahawa mereka akan mempercepatkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan terdahulu Mahkamah Rayuan yang membenarkan Rosmah mengemukakan keterangan tambahan.

“Jadi saya fikir demi kepentingan semua pihak, kami bersetuju supaya rayuan di Mahkamah (Persekutuan) dipercepatkan, diselesaikan dan diputuskan,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Azhahari membenarkan penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan hari ini untuk merekodkan keterangan lanjut daripada saksi pendakwaan, Rayyan Radzwill Abdullah.

Azhahari mengarahkan kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan itu kepada Mahkamah Tinggi.

Hakim Choo Kah Sing dan K Muniandy turut bersidang dalam panel berkenaan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Oktober untuk pengurusan kes.

Pada 1 September, Mahkamah Rayuan mengarahkan Mahkamah Tinggi merekodkan keterangan tambahan itu dalam tempoh dua minggu selepas pengurusan kes yang diadakan pada 10 September.

Rosmah sebelum ini mendapat kebenaran untuk mengemukakan bukti baharu yang terdiri daripada laporan polis, akuan berkanun yang dibuat oleh Rayyan serta dokumen sokongan.

Beliau mendakwa bahan berkenaan menunjukkan Rayyan dikenakan tekanan oleh pihak pendakwaan ketika perbicaraan dan keterangannya terhadap Rosmah telah terjejas.

Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak, disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 September 2022 atas tiga pertuduhan rasuah, termasuk meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Wang itu didakwa diminta sebagai dorongan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek solar hibrid tersebut.

Beliau turut didapati bersalah menerima RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya, pada 20 Disember 2016, serta RM1.5 juta lagi di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah, dengan tambahan 10 tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Peguam Jagjit Singh, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Akberdin Abdul Kader dan Joshua Teh turut mewakili Rosmah, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dan Mustaffa P Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.