The Jerusalem PostTrump: Iran exploring chemical, biological weapons, vows to 'wipe them out' if DC plot carried outPunchIG urged to curb election-related violence한겨레장동혁, ‘조작 징계’ 말 나오자 회의 끝내…“대여 투쟁 집중 공감대”InquirerAeta, farmers face displacement over Pax Silica hub – HRWZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaChwila szczerości Trumpa ws. wojny w Ukrainie. "Zarabiamy mnóstwo pieniędzy"سكاي نيوز عربيةعقار تجريبي يستهدف سرطان البروستاتا المتقدم경향신문젠슨 황 없는 엔비디아 전사회의, 임시 CEO “혁신 향한 열정 변하지 않을 것”Daily MailAs zoo welcomes latest arrival who doesn't look like mum and dad yet... do you nose what species this seven-stone baby is?Free Malaysia TodayN. Korea’s Kim inspects work sites, university amid overseas travel speculationSoompi“Physical: Asia” Confirms Plans For Season 2Khaosod EnglishAnutin meets Putin in China, pushes Thailand–EAEU free trade deal
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Kerajaan perlu teliti risiko pengambilalihan MISC-Yinson, kata Fadhli

Translate

Kerajaan perlu melindungi kepentingan institusi awam sebelum memuktamadkan keputusan berhubung cadangan pengambilalihan Yinson Holdings oleh MISC Berhad bernilai RM4.03 bilion, kata Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata ia perlu dibuat secara berhati-hati dan mendedahkan penilaian bebas, struktur pembiayaan dan unjuran pulangan urus niaga itu selain menjelaskan pihak yang bakal menerima manfaat terbesar daripada transaksi berkenaan.

“Jangan sampai pemegang saham yang menjual pegangan menerima pembayaran tunai lebih awal, sedangkan MISC, Petronas dan pemegang saham lain menanggung risiko kerugian jangka panjang.

“Kepentingan institusi awam mesti dilindungi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Facebook.

Beliau merujuk kepada laporan pada 6 November lalu yang menyebut cadangan penswastaan Yinson dikemukakan dengan tawaran RM4.03 bilion bagi mengambil alih baki 55.2% saham syarikat tersebut.

Menurutnya, MISC iaitu syarikat yang dikawal oleh Petronas dijangka melabur RM3.03 bilion, dengan RM2.27 bilion atau 75% dibiayai melalui pinjaman baharu.

Menurut CGS International, nisbah hutang bersih kepada ekuiti Yinson boleh mencapai 3.1 kali sekiranya instrumen pembiayaan tertentu turut dianggap sebagai hutang.

Yinson Holdings Bhd kemudian menjelaskan syarikat itu belum bersetuju dengan skim penswastaan yang dicadangkan atau terma dalam surat cadangan berhubung rancangan pemegang saham utamanya untuk menswastakan syarikat pada harga RM2.50 sesaham.

Selain itu, Fadhli turut mempersoalkan sama ada ia adalah pelaburan strategik yang bakal menguntungkan MISC atau satu lagi bentuk ‘bailout’ terselindung yang berpotensi memberi manfaat kepada pihak tertentu.

Katanya, kerajaan juga tidak seharusnya melupakan pengalaman pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery yang kemudian terpalit skandal manipulasi kewangan.

Beliau turut membangkitkan pembiayaan RM1.1 bilion yang disalurkan kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) kepada Vantris Energy, sebelum ini dikenali sebagai Sapura Energy, bagi membantu menyelesaikan tunggakan kepada vendor tempatan.

“Walaupun belum ada bukti penyelewengan, struktur pembiayaan dan tahap keberhutangan ini menimbulkan keganjilan yang perlu dijelaskan.

“Kerajaan dan Petronas mesti berhati-hati sebelum memuktamadkan transaksi MISC–Yinson. Dedahkan penilaian bebas, struktur pembiayaan, unjuran pulangan serta pihak yang bakal menerima manfaat terbesar,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.