ESPNRays hold off Yankees to take 2-0 series leadESPN DeportesAsí vivimos Juego 2 de White Sox vs Guardians en Serie DivisionalThe Jerusalem PostCuba says US contacts fall short of formal talks as Trump pressure mountsInquirer3 new frogs discovered in Mindanao, Visayas after 100 years한겨레국방부 “궁극적 병역특례 감면 폐지 추진…일부 스포츠계 언행 굉장히 유감”DeadlineJim Bakker Dies: Televangelist Was 86النهاراحتجاجات الطلاب تهز فرنسا... من أزمة تعليم إلى معركة رئاسية؟ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNew Straits TimesChow: US visit brings positive outlook for Penang investmentLa TerceraNicolás Córdova rompe el silencio tras la polémica salida de Núñez de la Roja: “Me enteré cuando iba al entrenamiento”سكاي نيوز عربيةنجل مادورو يكشف تدهور صحة زوجة والده في السجنSBS 뉴스"공소청·중수청, 국민의 역사적 결단…엄정 수사해야"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Dakwa alami tekanan, pelajar parah jatuh tingkat 3 bangunan sekolah

Translate

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang pada waktu rehat.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang guru 48 tahun memaklumkan pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah.

“Pengadu kemudian ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap, sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

“Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa mendakwa sering membandingkan pencapaian akademik dengan kakaknya yang kini belajar di Tingkatan Empat sekolah sama.

“Menurut mangsa, peperiksaan akan berlangsung minggu depan dan dia bimbang tidak dapat memenuhi harapan ibu bapanya.”

Jelasnya, siasatan mendapati ada pelajar melihat hantaran Instagram Story mangsa sehari sebelum kejadian mengenai tekanan berkaitan pelajaran dan keluarga, namun hantaran itu sudah dipadam.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.