The Jerusalem PostEisenkot, Netanyahu have 'very similar views,' Trump says, suggests both would support himCNN TürkDAHA 17 YIKTI GEÇTİ! Aras için yolun sonu mu?PunchBabalakin, Rhodes-Vivour celebrate Adaralegbe’s SAN elevationESPN CricinfoLabuschagne dropped for New Zealand Test seriesسكاي نيوز عربيةمادورو يدرس الأديان في السجن.. ويبدي اهتماما بالدين اليهوديZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제서울시 “공공개발 만능론 안 돼” vs LH “계획 차질 없이 진행중”…정비사업 갈등The Sydney Morning Herald‘People are cautious’: North shore pad passes in, then sells at a discountMalay MailNvidia probes CEO Huang over affair with China-linked executiveNOSTrump noemt aankondiging UFC-baas Dana White als perschef Witte Huis 'grap'Screen RantGodzilla Minus Zero Director Clarifies Whether Godzilla & Humans Are AlliesColliderApple TV’s New Crime Thriller Officially Surges to No. 1
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Antara dilema Melayu dan dilema Muslim dalam derma saman fitnah dan denda rasuah

Translate

tajuddin rasdi

Di Malaysia hari ini ada suatu dilema yang mempunyai implikasi besar terhadap bagaimana Islam perlu dipelajari dan didakwahkan. Ia merangkumi isu derma untuk membayar saman fitnah seorang ahli politik dari parti yang dilaungkan sebagai pejuang Islam, dan derma untuk melunaskan denda hukuman rasuah seorang pemimpin parti politik yang melaungkan kaum Melayu sebagai perjuangan utama.

Dari pemerhatian saya, kalau kes fitnah dan rasuah itu bersifat circumstantial atau agak pudar dan banyak lubang pembuktian, saya tidak akan menulis artikel ini kerana derma bagi kedua-duanya boleh saja dihalalkan dari kaca mata perjuangan Islam atau nasional, tetapi dari apa yang saya faham tentang bukti dan pembicaraan kes-kes, semuanya sahih dan terbaik maka tidak ada keraguan dalam proses pengadilan. Namun demikian, derma untuk membayar saman fitnah dan derma untuk bantu bayar denda hukuman rasuah telah dilancarkan. Yang peliknya penjawat rasmi agama, pendakwah terkenal agama dan profesor agama sepi terhadap sama ada praktis sedemikian layak dikaitkan dengan nilai Islam. Maka itu, terpaksalah saya menulis sesuatu sebagai semacam peringatan.

Sebagai seorang yang telah membina kesedaran Islam di Amerika Syarikat sewaktu belajar jurusan seni bina di bawah tajaan JPA, saya telah menambah banyak ilmu tentang Islam melalui pembacaan koleksi hadis seperti daripada Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Muwatta, Tirmidhi, An-Nasai dan Ibn Madjah, serta menelaah tafsiran al-Quran oleh Muhammad Assad, Abdullah Yusof Ali, Hamka dan Abul A’la Maududi. Penelitian peribadi ini membawa saya kepada banyak buku tentang kerohanian, politik dan aspek sosial Islam. Dalam banyak bacaan saya, ayat dari surah al-Baqarah ini menjadi pedoman kepada saya tentang ‘politik Islam’;

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, — kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa. (al-Baqarah ayat 177)

Dari ayat ini saya boleh membina masyarakat yang baik, saya boleh membina hubungan kerohanian dengan tuhan dan saya juga boleh merancang sebuah perbandaran serta seni binanya untuk manusia. Ayat ini cukup meyakinkan saya kepada apa sebenarnya politik Islam iaitu memimpin manusia ke arah kemanusiaan sejati.

Bahagian pertama ayat:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya” memberi definisi ‘kebaikan’ atau righteousness iaitu bukan sekadar ibadah ritual tetapi merangkumi suatu kesejagatan kemanusiaan di mana orang Islam perlu berkawan dengan semua manusia yang mempercayai konsep ketuhanan, penghakiman akhir, kewujudan malaikat dan pendidikan melalui kitab-kitab lama berkait dengan rasul-rasul yang kita semua umat Islam kena hafal nama dan kewujudan mereka. Kita pun tahu bahawa sejarah rasul-rasul berkait rapat dengan sejarah dan kepercayaan agama Yahudi dan Kristian. Saya memahami bahagian pertama ini sebagai suatu ajakan untuk umat Islam bersaudara dengan penganut dua agama tersebut. Namun demikian kita kini berseteru dengan kedua-duanya dari sudut politik kenegaraan.

Bahagian ayat kedua:

“…dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, — kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi” bagi saya adalah tentang suatu sistem sosial yang bukan sahaja untuk sesebuah negara yang mengamalkan hukum dan nilai Islam tetapi juga tanggungjawab setiap muslim untuk membantu golongan yang berkeperluan seperti anak yatim piatu, musafir, yang meminta dan yang memerlukan bantuan kerana keperitan hidup. Kadang-kadang saya hairan apabila dalam sesebuah bandar yang dipimpin orang Islam ada ribu rakyat homeless berbagai kaum tetapi kita punyai rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya dalam jumlah beratus buah. Sebagai umat kita lebih suka melihat bangunan ibadat beratus juta kecantikannya tetapi membiarkan yang berkeperluan merana sendiri. Siapa agaknya kena jawab di akhirat nanti.

Bahagian akhir ayat itu:

“…dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa” saya fahami sebagai hubungan peribadi kita dengan Tuhan dalam ibadat khusus seperti bersembahyang, dan merenggangkan kita dengan harta benda sebelum kita menemui-Nya. Umat Islam juga diseru untuk menjadi profesional dalam muamalah perjanjian dan tanggungjawab antara manusia tidak kira dari kaum mana atau agama apa, saya kira.

Dalam surah al-Baqarah ayat 177 jelas tiada berkeperluan kita umat Islam untuk merenggangkan kita dengan harta dan wang demi membantu derma bagi membayar saman fitnah yang jelas terbukti tanpa was-was serta juga menderma kepada pembayaran denda hukuman rasuah yang juga terjelas tanpa was-was proses keadilannya.

Jadi, untuk kita orang Melayu dan Islam kat mana atau ‘tang’ mana kita nak selit amalan kita untuk menjayakan hidup sebagai Muslim yang sejati dan ikhlas membuat kebaikan?

Kalau parti-parti yang menghadapi musibah lalu ahli dan pemimpinnya menggunakan wang tabung parti sendiri tanpa derma maka boleh juga diterima alasan ‘strategi politik’ agar tidak hilang kerusi dan tidak merendahkan maruah ahli serta parti, walaupun konsep nilai Islam masih lagi boleh dipersoalkan. Tetapi melancarkan derma dan mengajak ‘kebajikan’ daripada umat Islam untuk ‘membantu’ musibah yang al-Quran tidak pernah sebut, itu suatu perkara yang cukup problematic dalam usaha menguar-uarkan Islam sebagai agama kemanusiaan terbaik. Walaupun Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ada buat fatwa bahawa membantu orang yang didapati bersalah oleh mahkamah hukumnya harus, tetapi ia bersyarat iaitu si pesalah perlu mengaku kesalahan dan bertaubat tidak akan membuatnya lagi. Saya tak dengar pun Dr Siti Mastura Muhammad atau Najib Razak berbuat demikian.

Kalau dulu ada buku ‘Dilema Melayu’, saya kira tiba masanya ada buku ‘Dilema Muslim’ untuk sama-sama kita renungkan pengakhiran kita dan negara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.