CNN TürkVideoyu durdurup ekrandaki kişiye soru sorabileceksinizBollywood HungamaSCOOP: The Royals Season 2 shoot hits a major roadblock in JaisalmerPunchMr Macaroni surprised me with ₦1m after our film — Peter FatomilolaThe Jerusalem PostEgyptian intelligence chief visited Israel days before Oct. 7 to issue security warning - report한겨레[속보] 첫 출전 4명, 한국 펜싱 여자 플뢰레 단체전 은메달 합작 …12년 만의 정상 탈환은 실패ColliderNetflix’s 9/10 ‘Bosch’ Replacement Officially Returns in 2027 for Final SeasonSky TG24Usa, una forte tempesta minaccia la costa orientaleBlickPolit-Zoff um Olympia 2038: Stoppt ein Volksentscheid das Wintermärchen?Observador Desporto"Mundo não deve estar dividido" entre religião e ciênciaIl Sole 24 OrePonte sullo Stretto, il direttore tecnico passa ad Anas come Chief operating officerSportstarIndia vs Iran LIVE score, Asian Games 2026 kabaddi finals: IND 17-20 IRI; Men's gold-medal match on; Indian women's team wins gold (IND 37-34 IRI)VanguardShettima tasks ECOWAS leadership on sub-region’s unity, integration
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

Ong ramal Zahid akan jadi PM jika ‘gelombang biru’ menang PRU16

Translate

Penganalisis politik Ong Kian Ming meramalkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi akan menjadi perdana menteri jika BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk pakatan serta memenangi PRU16.

Bekas pemimpin DAP itu berkata, PAS mungkin memenangi lebih banyak kerusi berbanding BN, tetapi beliau menjangkakan Zahid akan mendapat sokongan parti dari Sabah dan Sarawak untuk jawatan tertinggi itu.

“Saya rasa naratif penyatuan ummah dan penyatuan Melayu-Islam ini adalah satu naratif yang akan membolehkan gelombang biru menjadi satu realiti pada PRU16.

“BN dan PN akan memenangi lebih daripada 112 kerusi Parlimen di Semenanjung dan mereka akan membentuk kerajaan bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pada masa sama, Zahid akan menjadi perdana menteri ke-11,” katanya menurut Sinar Harian.

Bekas Ahli Parlimen itu mengimbas peristiwa Naib Presiden Umno ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, dilantik perdana menteri pada Ogos 2021 dan bagaimana timbul isu hierarki kepimpinan di mana “presiden Umno boleh ‘overrule’ perdana menteri”.

Disebabkan kecenderungan untuk mengelakkan isu sedemikian berulang, beliau berkata, Zahid mempunyai peluang lebih cerah untuk menjadi perdana menteri berbanding pemimpin Umno lain.

Ong turut meramalkan Pakatan Harapan (PH) akan kembali ke blok pembangkang, dengan hanya mampu mempertahankan kira-kira 40 hingga 50 kerusi Parlimen.

“Bahkan kerajaan Selangor yang dipegang PH sejak 2008 pun mungkin jatuh.”

PH kini memiliki 76 kerusi Parlimen.

Umno mungkin tak pertahan semua 21 kerusi di Melaka

Ong turut meramalkan BN tidak akan bertanding di semua 21 kerusi dimenanginya pada PRN Melaka lalu, walaupun sebelum ini ia menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi terbabit.

Sebaliknya, beliau menjangkakan BN akan menyerahkan sekurang-kurangnya empat kerusi kepada PN sebagai pertukaran bagi beberapa kerusi yang kini dipegang PAS di kubu kuat parti itu di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Namun, antara kekangan terbesar ialah jika berlaku ketidaksefahaman dalam pengagihan kerusi, termasuk sekiranya PN mahukan lebih banyak kerusi, tetapi BN tidak bersetuju.”

Beliau juga tidak menjangkakan BN akan mendapat sokongan mencukupi untuk mendesak PRU16 diadakan ketika ini, walaupun mungkin ada perkembangan baharu selepas pembentangan Belanjawan 2027 bulan depan.

“Pada masa itu, GPS dan GRS mungkin lebih terbuka menerima tawaran kerjasama daripada BN.

“Sekiranya senario itu berlaku dan sokongan terhadap kerajaan perpaduan berubah, ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan PRU16.”

BN mendesak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan PRU16 lebih awal, khasnya selepas hubungan dengan PH menjadi keruh susulan pertembungan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

PN, yang membantu BN mendapat majoriti dua pertiga di DUN Negeri Sembilan pada PRN 1 Ogos lalu, turut menyokong desakan untuk mengadakan PRU mengejut.

Tetapi, Anwar menolaknya dengan menegaskan kerajaan kekal stabil dan keutamaan segera ialah meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menguruskan ekonomi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.