ESPNWNBA playoffs: Valkyries-Aces updates, highlightsESPN DeportesAces, ganar o irse a casaZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLEx-presidente José Sarney é internado na UTI após procedimento abdominalColliderThe 10 Most Cringeworthy Movies of All Time, Rankedالشرقصديق المشتبه به الأردني في اختراق بيانات FBI: قلت له "أنت تنتحر"النهارفتوى ستنقذ مرضى الاكتئابNew Straits TimesEngland gain edge over Greece in Women's World Cup play-offsG1Medicina muito além do consultórioRadio-CanadaInondations de 2024 au Brésil : Shell poursuivie en justice pour 108 millions $ USCNN بالعربية"لن أهاجم إيران قبل انتخابات التجديد النصفي".. لماذا أدلى ترامب بهذا التصريح؟سكاي نيوز عربيةنموذج ذكاء اصطناعي يرسل بلاغا كاذبا للشرطة عن جريمة قتل
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

‘Belanjawan pilihan raya’, kata pakar ekonomi

Translate

Pakar ekonomi menyifatkan Belanjawan 2027 dibentangkan hari ini sebagai ‘belanjawan pilihan raya’ yang sarat dengan bantuan tunai, subsidi dan pelepasan cukai, namun sesetengah isi rumah masih terbeban akibat gaji rendah, jurang bantuan dan perbelanjaan kerajaan yang tinggi.

Yeah Kim Leng daripada Sunway University berkata, belanjawan itu memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup dan merangsang ekonomi dalam jangka pendek.

“Peningkatan bantuan tunai dan subsidi yang bertujuan memberikan kelegaan segera serta rangsangan jangka pendek menunjukkan ciri-ciri belanjawan pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Yeah berkata, peningkatan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 juga akan memberikan lebih banyak wang untuk dibelanjakan oleh golongan berpendapatan sederhana.

Bagaimanapun, ahli ekonomi Universiti Putra Malaysia, Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata keberkesanan belanjawan itu perlu dinilai berdasarkan sejauh mana ia mampu meningkatkan pendapatan isi rumah dan memastikan bantuan sampai kepada golongan benar-benar memerlukan.

Beliau berkata, golongan M40, pekerja gig dan isi rumah yang pendapatannya sedikit melepasi kelayakan bantuan berisiko terus tercicir, walaupun mereka turut berdepan peningkatan kos sara hidup.

“Walaupun bantuan diperluas, ia mungkin tidak mencukupi untuk isi rumah yang berdepan kos sara hidup tinggi atau tanggungjawab penjagaan tambahan,” katanya.

Razman turut membangkitkan persoalan mengenai perbelanjaan mengurus kerajaan yang merangkumi hampir 82% daripada keseluruhan peruntukan RM460 bilion, sekali gus mengehadkan peruntukan pembangunan kepada RM83 bilion.

Katanya, kejayaan belanjawan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah bantuan yang diumumkan semata-mata, sebaliknya sejauh mana bantuan itu sampai kepada golongan sasaran dan pertumbuhan ekonomi menghasilkan pekerjaan mampan serta pendapatan lebih baik.

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan peningkatan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM150 sebulan bagi sehingga sembilan juta penerima.

Kerajaan turut memperuntukkan RM1.3 bilion bagi membantu hampir 200,000 warga emas.

Sementara itu, ahli ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Barjoyai Bardai, berkata walaupun belanjawan tersebut menangani isu mendesak seperti penjagaan kesihatan, bantuan kepada warga emas dan kebajikan doktor kontrak, usaha menangani masalah gaji rendah masih tidak mencukupi, selain menggalakkan sektor korporat menaikkan gaji.

Beliau berkata, kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun depan juga masih tidak mencukupi, dengan menganggarkan pekerja tempatan memerlukan gaji antara RM2,300 hingga RM2,400 untuk menampung kos sara hidup.

“Usaha menggalakkan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan menaikkan gaji memang ada, tetapi ia bukan wajib. Golongan M40 dan berpendapatan sederhana mungkin terus ketinggalan.

“Pengurangan kadar cukai pendapatan atau peningkatan pelepasan cukai boleh membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.