ESPNFollow live: Love, Packers bidding for TNF win over PanthersLe Devoir«Flo des rives»: à fleur de flotsESPN DeportesPanthers no se rinden en Green BayPunchDON’T PUBLISH PLEASE: NGE defends Obi’s conference participation, denies partisanship한겨레‘엑스맨 자비에 교수’ 패트릭 스튜어트, 86살 나이로 별세Би-би-сиВойна в Украине: в Днепре 14 человек погибли при ударе по железнодорожному вокзалу; омбудсмены России и Украины выехали в АлешкиZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSky TG24X Factor 2026, chi è stato eliminato al secondo Live ShowNew Straits TimesMaresca braced for another tough test in Brighton repeat경향신문‘컬러풀’→‘파워풀’→‘?’···대구시, ‘도시브랜드’ 시민 인식 조사GIGAZINEGeminiのチャット内で文書ファイルや表計算データを作成して直接編集可能にThe Indian ExpressRonaldo hits 15-minute hat-trick for Al-Nassr, moves 15 shy of 1,000 goals
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Pakatan PH-Bersatu di Bemban didorong pertimbangan pilihan raya, kata penganalisis

Translate

Keputusan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada Bersatu bagi kerusi Bemban pada PRN Melaka dipengaruhi pertimbangan pilihan raya, khususnya tarikan parti itu lebih kuat dalam kalangan pengundi Melayu, kata penganalisis.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, pada PRN lalu DAP menduduki tempat ketiga dengan jurang undi yang besar di belakang MCA di Bemban dan akhirnya kerusi itu dimenangi Bersatu.

Beliau berkata, Bersatu berharap dapat merampas semula DUN berkenaan daripada bekas wakil rakyatnya, Dr Yadzil Yaakub, yang memenanginya pada 2021 sebelum berpaling tadah menyertai Wawasan.

“Itulah sebab strategik PH memberi laluan kepada Bersatu dalam kes ini. Bersatu berharap dapat menarik undi Melayu di sana untuk mencetuskan kejutan,” katanya kepada FMT.

Azmi Hassan.

Azmi berkata, aturan itu boleh membantu PH meraih sokongan pengundi Melayu yang mungkin sukar diperolehnya jika tidak berbuat demikian.

“Jika DAP bertanding di sana, undi Melayu akan sangat sukar diperoleh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya masih belum jelas sama ada PH akan memperoleh manfaat politik daripada kerjasama dengan Bersatu, memandangkan peranan parti itu dalam ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH pada 2020.

Mengukur reaksi akar umbi

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, langkah itu juga membolehkan pemimpin PH mengukur sentimen akar umbi terhadap pakatan dengan Bersatu sebelum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjasama yang lebih luas.

james chin

James Chin.

“Jika penyokong tidak menimbulkan masalah besar, maka pemimpin PH akan tahu bahawa mereka boleh meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU16,” katanya.

Chin berkata, rasa tidak puas hati terhadap ‘Langkah Sheraton’ masih kuat dalam kalangan penyokong PH, yang kebanyakannya menyalahkan Bersatu atas kejatuhan kerajaan terdahulu gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata aturan itu tidak mungkin menjejaskan hubungan dalam gabungan berkenaan kerana pemimpin DAP bersetuju untuk memberi laluan kepada Bersatu bertanding di kerusi berkenaan.

Beliau berkata, sebarang bantahan terhadap aturan itu mungkin hanya tertumpu di peringkat tempatan dan tidak mungkin menjejaskan kerjasama dalam gabungan yang lebih besar.

Pada 28 Okt, Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, menggesa semua parti komponen menghormati keputusan bersama gabungan itu untuk membenarkan Bersatu bertanding di Bemban pada PRN Melaka, 14 Nov ini.

Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat berdasarkan persefahaman antara PH dengan Bersatu dan dipersetujui bersama.

Aturan bagi kerusi Bemban mendapat bantahan daripada bekas pengerusi DAP Melaka, Damian Yeo, yang berkata beliau lebih rela meninggalkan politik daripada menyokong langkah itu, dengan merujuk kepada apa disifatkannya sebagai ‘pengkhianatan lalu’ oleh Bersatu.

Ahli akar umbi DAP di Bemban turut meluahkan kekecewaan kerana parti itu tidak dicalonkan bertanding di kerusi tersebut, khususnya memandangkan usaha berterusan mereka selama ini untuk membina sokongan terhadap gabungan terbabit di kawasan berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.