The Jerusalem PostRubio dismisses Amnesty criticism over Iran war, calls organization ‘a fraud’ESPNFollow live: Bucky Irving's 72-yard run sets up Bucs TD coming out of halftimeESPN DeportesCheco Pérez: GP Singapur, última gran oportunidad para CadillacInquirerSolon hits Maynilad for poor service while they continue to earnInquirer EntertainmentWhy Sydney Sweeney’s Marilyn Monroe connection is a win for Hollywood glamour한겨레닷새째 연락 끊긴 60대 등산객…구조견 ‘단디’가 2시간30분만에 발견ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCollider‘Bourne’ Meets ‘Jack Ryan’ in Jon Bernthal’s Gritty Spy Thriller Back on StreamingUOLJoão Bosco, com novo disco e show em São Paulo, ilumina aspecto coletivo de sua obraThe Japan TimesChina announces candidate for WHO chiefBBC News BrasilPor que Douglas Ruas deve se tornar governador do Rio dias depois do 1º turnoCBS NewsEl-Sayed and Rogers toss insults in Michigan Senate debate
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Jadikan krisis N Sembilan pengajaran, beri PH kembali tadbir Melaka, kata Mat Sabu

Translate

Presiden Amanah Mohamad Sabu mahu pengundi Melaka mengambil iktibar daripada kemelut politik di Negeri Sembilan, sambil menggesa mereka mengembalikan pentadbiran negeri kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRN akan datang.

Menurutnya, perebutan kuasa yang berlaku di tengah penggal hanya menyebabkan ketidakstabilan politik yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

“Biarlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu sebagai satu pengajaran. Di Melaka ini tolong kembalikan pemerintahan kepada PH,” katanya dalam ceramah Skandal Tabung Haji: Siapa khianat orang Melayu Islam yang diadakan di Melaka, malam tadi.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membuat seruan itu susulan kemelut politik Negeri Sembilan pada April lalu yang tercetus selepas berlaku pertikaian membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Kemelut itu memuncak apabila kesemua 14 Adun Umno menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun pada 27 April, dengan alasan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya dalam menangani krisis berkenaan.

Pertikaian itu berkait dengan tindakan empat Undang yang mengeluarkan deklarasi berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Aminuddin sebelum itu menyokong keputusan institusi berkaitan yang mengekalkan kedudukan Tuanku Muhriz.

Penarikan sokongan 14 Adun terbabit menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PH hanya mempunyai 17 kerusi dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi, manakala BN dan PN masing-masing mempunyai 14 dan lima kerusi. Penarikan sokongan itu menyebabkan pentadbiran Aminuddin kehilangan majoriti mudah, sebelum DUN dibubarkan, membawa kepada PRN pada 1 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, apa yang berlaku dalam politik negara selepas PRU14 termasuk Langkah Sheraton, tidak sepatutnya berulang.

Katanya, kerajaan yang dibentuk melalui pilihan raya seharusnya diberi peluang menghabiskan penggal, bukannya dijatuhkan melalui perebutan kuasa sebelum rakyat kembali mengundi.

“Kenapa jatuh? Sheraton Move. Kenapa Sheraton Move? Tamak nak ambil kuasa di tengah jalan. Tak mahu tunggu pilihan raya. Kita kalau tunggu pilihan raya selepas lima tahun, tak apa,” katanya.

Mengenai PRN Melaka, Mohamad berkata beliau yakin PH mampu membentuk kerajaan negeri jika memperoleh lebih 15 kerusi DUN, dengan BN mendapat kurang daripada jumlah berkenaan.

“Melaka ini tempat kita nak meletakkan politik Malaysia di landasan yang betul semula,” katanya.

Hari pengundian PRN Melaka ke-16 ditetapkan pada 14 Nov depan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 23 Sept lalu.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.