InquirerPanelo: ‘Dark horse’ could replace Sara Duterte in 2028ESPNCan Ravens win big with Tyler Huntley? Are the Vikings legit? Big questions, lessons from NFL Week 5ESPN DeportesRavens no extrañaron a Lamar y vencieron a domicilio a Falcons en tiempos extraThe Jerusalem PostNorth Korea launches multiple ballistic missiles, South Korea saysDaily MaverickPOWER GUZZLERS OP-ED: Big Tech or public good? What Cape Town’s data centre battle means for residentsInquirer EntertainmentThai bet crowned Miss Asia Pacific International한겨레경찰청장 대행 “한동훈 딸 의혹, 새 사실 드러나면 재수사 검토”Bollywood HungamaRamayana to release in nearly 40 languages worldwide; Namit Malhotra and team mount an unprecedented overseas releaseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN Türk12 EKİM BUGÜN HAVA DURUMU: İSTANBUL, İZMİR, ANKARA | Sıcak ve güneşli hava yerine sağanak geliyor!النهاردراسة جديدة تكشف عيوباً خفية في أشباه الموصلات عبر تحليل الضوءRMF24Dwie osoby nie żyją. Wieczorna tragedia w Gdyni
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

TH buka semula perkhidmatan, 3 fungsi THiJARI masih tergendala

Translate

Lembaga Tabung Haji (TH) membuka semula sistem dan perkhidmatan utamanya selepas serangan siber yang menyebabkan operasi dihentikan sementara pada 8 Okt lalu, namun tiga fungsi THiJARI masih tergendala.

TH berkata, tiga fungsi berkenaan membabitkan penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian yang masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut.

Menurutnya, sistem dan perkhidmatan utama kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan serta langkah pemulihan dilaksanakan.

“Cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan telah kembali beroperasi mulai Ahad, 11 Okt , manakala semua cawangan di negeri-negeri lain dibuka seperti biasa hari ini.

“Perkhidmatan melalui bank-bank rakan strategik TH juga telah kembali aktif,” katanya dalam kenyataan.

TH menjelaskan, keputusan menghentikan sementara operasi di semua saluran pada 8 Okt lalu dibuat bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit susulan serangan siber terhadap sistemnya.

Katanya, pasukan dalaman TH bekerjasama dengan pakar luar serta pihak berkuasa keselamatan siber negara untuk menyiasat kejadian, menangani ancaman dan memulihkan sistem.

TH turut membuat laporan polis serta memaklumkan kejadian itu kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

“TH memberi jaminan bahawa simpanan pendeposit adalah selamat. Pemantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar,” katanya.

TH turut memohon maaf atas kesulitan dialami pendeposit dan meminta mereka segera melaporkan sebarang transaksi mencurigakan atau perkara luar biasa pada akaun masing-masing.

Pendeposit yang memerlukan bantuan atau penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH di talian 03-6207 1919.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.