Ismail sedang dirawat di hospital

Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di Seremban.
Perkara itu disahkan anaknya, Naim Ismail kepada Bernama.
“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, setiausaha akhbar beliau Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Adun Juasseh, dilaporkan semakin pulih.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai serta meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.