וואלהמתקפת כטב"ם גרמה נזק למתקן תעשייתי ברוסיהInquirerEasterlies to affect N. Luzon; localized thunderstorms to prevail over PHThe Jerusalem PostTrusting your audience: What NAZA could learn from Fauda's latest season - editorial한겨레내년 한부모가족 지원 대상 1만3천명 늘어난다CNN TürkSeferihisar Belediyesi'nde ‘rüşvet’ soruşturması; 47 şüpheli adliye sevk edildiSözcüİstanbul'da zehir tacirlerine operasyon: Kilo kilo uyuşturucu ele geçirildiESPN DeportesDodgers vence a Reds y asegura boleto a playoffs igualando récordSBS 뉴스권익위 "옥외광고물 빛방사 기준 적용 지역·조명기구 확대해야"Observador DesportoEscolas em Lisboa alargam turmas para acolher alunos sem ...Daily MailNewlyweds Zendaya and Tom Holland look loved-up as they flash their wedding rings at Emmys 2026 after surprise nuptialsسكاي نيوز عربيةليست مجرد جبال.. لماذا قد تغير كهبوب معادلة باب المندب؟The Hollywood ReporterEmmy Awards Snubs and Surprises: ‘Hacks’ Comes Up Short; John Oliver Shut Out; Allison Janney Scores Unexpected ‘Diplomat’ Win
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Bekas pengurus didakwa pecah amanah projek bangunan TH

Translate

Bekas pengurus projek pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan mengutip penalti berjumlah RM14,000 daripada kontraktor, melibatkan projek sebuah bangunan komersial milik Tabung Haji pada Nov 2017 dan Ogos 2018.

Mohamad Hashim Mukhatap, 53, sebagai pengurus pembinaan THP Timur Sdn Bhd didakwa menyalahgunakan wang berkenaan, yang merupakan hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Kelpile Sdn Bhd dengan memasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Ia membabitkan projek cadangan membina dan menyiapkan sebuah bangunan komersial 22 tingkat yang mengandungi pangsapuri perkhidmatan (244 unit), penthouse (empat unit), kemudahan awam, ruang perniagaan, tempat letak kereta, sub-basement (satu tingkat) dan kemudahan yang berkaitan di atas Lot 273, Seksyen 12, Kota Bharu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sofea Residensi, Lot 10015, Seksyen 12 di sini antara 15 Nov 2017 dan 8 Ogos 2018 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar menawarkan jaminan RM15,000, namun peguam Fahmi Abd Moin Khairuddin memohon jaminan RM5,000 dikenakan kepada anak guamnya.

Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, selain memerintahkannya menyerahkan pasport, tidak mengganggu saksi serta melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam setiap bulan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.