PunchNigeria pays five times more for private external loans — W’BankDaily MaverickBOK BLEUS : France resist Springboks’ second-half rearguard to win Paris thrillerCNN TürkHAVA DURUMU 14 KASIM: Yarın havalar nasıl olacak? Yağmur yağacak mı? İstanbul, Ankara, İzmir, Bursa'da hava durumu nasıl olacak?한겨레스타십 15차 시험발사…내일 아침 사상 첫 2단 로켓 회수 시도ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFColliderApple TV’s 5-Season Sci-Fi Spectacle Delivers a Masterclass in WorldbuildingSRF NewsKommunikationsprobleme – US-Luftfahrtbehörde hebt landesweiten Flugstopp wieder aufNHK 社会アメリカ全土の航空機の運航停止を解除 米航空当局CNN BrasilEUA suspendem paralisação nacional de voos após 4 horasVarietyAFM Dealmakers, Talent Agents and Hollywood Stars Left Stranded by Nationwide Flight StoppageNew Straits TimesCast your ballots early before it rains, Ab Rauf tells Melaka votersBBC Mundo"Milagro en el Misisipi": rescatan a todos los pasajeros de un crucero que volcó en Nueva Orleans tras ser embestido por un buque cisterna
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Kerajaan tak boleh keluar perintah tahanan bercanggah terhadap pekerja ladang

Translate

Mahkamah Tinggi Muar memutuskan Lembaga Penasihat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melampaui kuasa undang-undangnya apabila mengesyorkan supaya perintah tahanan pencegahan seorang pekerja ladang diteruskan dan digantung pada masa sama.

Pesuruhjaya Kehakiman S Kalyana Kumar berkata, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 memperuntukkan tiga jenis syor berasingan oleh lembaga itu, iaitu supaya perintah tahanan diteruskan, digantung atau dibatalkan.

Beliau berkata, lembaga itu tidak boleh menggabungkan dua keputusan berbeza dengan mengesyorkan supaya perintah berkenaan ‘diteruskan dan digantung’.

“Justeru, jelas bahawa lembaga penasihat telah bertindak melampaui kuasanya apabila mengesyorkan supaya perintah tahanan pemohon diteruskan dan digantung pada masa sama,” katanya dalam alasan penghakimannya.

Keputusan itu kini membolehkan Nor Qusyairee Norazrul Faiz mencabar penahanannya di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor.

Hakim berkata, pihak berkuasa juga gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai maksud syor lembaga itu dan kaitannya dengan penggantungan perintah tahanan yang dibuat kemudian.

Kalyana turut mendapati pihak berkuasa telah menafikan akses pemohon berusia 25 tahun itu kepada rekod keterangannya semasa siasatan yang dijalankan pegawai penyiasat kementerian.

Pegawai berkenaan mengakui bahawa jawapan pemohon yang direkodkan semasa sesi soal jawab telah dimasukkan ke dalam laporan yang dikemukakan kepada timbalan menteri.

Bagaimanapun, permohonan Nor Qusyairee untuk mendapatkan salinan rekod itu ditolak atas alasan laporan berkenaan sulit.

Hakim berkata, pihak berkuasa boleh memberikan bahagian berkaitan jawapan pemohon dengan memadamkan maklumat sensitif.

Beliau memutuskan bahawa tindakan menahan bukti berkenaan daripada pemohon telah menafikannya satu perlindungan prosedur penting dalam mencabar penahanannya.

Hakim menambah bahawa pembatalan penggantungan perintah tahanan tidak dapat memperbaiki kecacatan dalam proses penahanan asal, sekalipun pemohon telah melanggar syarat yang dikenakan terhadap pembebasannya.

Beliau memerintahkan supaya pemohon dibebaskan serta-merta melainkan terdapat perintah tahanan lain yang sah terhadapnya.

Jayarubbiny Jayaraj mewakili pemohon, manakala Peguam Kanan Persekutuan Khairulhazman Ghazali hadir bagi pihak responden.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.