Punch2027: Ex-Sokoto dep gov urges North to back TinubuThe Jerusalem PostLiberman calls for Netanyahu treason probe over alleged attempt to start war to delay electionsCNN TürkAsrın inşası ABD'nin gündeminde: "Üretim, saatte 23 konut hızına eşdeğer"InquirerITCZ to bring rain to parts of Mindanao until WednesdayESPNSuffocating defense, JSN lift Seahawks to victoryBollywood HungamaDaler Mehndi controversy ends as Uttarakhand Minister Subodh Uniyal apologises; Mika Singh’s team reacts한겨레충북 경찰 대전 나이트클럽서 추태로 입건GhaflaZuchu Explains Why Diamond Platnumz’s Baby Mamas Remain Part Of Her FamilyZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 26 ottobre: la rassegna stampaGIGAZINE老化した血液細胞を神経幹細胞に変換すると細胞が少しずつ若返るとの研究結果The Sydney Morning HeraldGood Food Guide Awards LIVE updates: Hussein Sarhan, Alex Tong take out joint Chef of the Year award; Three Blue Ducks Burradoo wins New Restaurant of the Year as crowd gives standing ovation to Sydney icon Peter Gilmore
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

Lee mahu SPR, SPRM siasat bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi Melaka

Translate

Pemimpin Bersama Lee Chean Chung menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengumuman menteri pengangkutan bahawa pemandu teksi Melaka akan menerima bantuan RM1,000 seorang menjelang PRN.

Dalam kenyataan, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu persoal mengapa bantuan hanya dihadkan kepada pemandu teksi negeri tersebut dan tidak diperluaskan ke seluruh negara.

Lee turut tidak berpuas hati pengumuman itu dibuat dalam satu ceramah Pakatan Harapan (PH), bukan melalui saluran rasmi kementerian sambil menyifatkannya ia pemberian ‘wang secara terang-terangan’ menjelang pilihan raya.

“Perjuangan menentang rasuah selama ini merupakan antara asas utama DAP dalam mengkritik amalan pemberian habuan menjelang pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Prinsip yang sering ditekankan ialah sumber kerajaan dan kepentingan parti politik mesti dipisahkan dengan jelas.

“Namun hari ini, garis pemisah tersebut seolah-olah dipadamkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP (Loke Siew Fook). Imej antirasuah dan kedudukan moral yang tinggi yang dibina DAP selama puluhan tahun kini musnah dalam sekelip mata.”

Lee menuntut Loke mendedahkan aliran penuh dana RM91 juta yang diraih hasil bidaan nombor pendaftaran kenderaan, termasuk dokumen kelulusan dan penggunaan dana berkenaan.

Beliau turut membangkitkan akaun mana yang memegang hasil itu pada masa ini, sama ada wang itu telah dipindahkan ke Perbendaharaan, dan peruntukan mana diguna bagi membiayai pembayaran tersebut.

Lee berkata hasil, pendapatan daripada bidaan nombor pendaftaran kenderaan adalah hak awam dan sepatutnya disalur dalam Kumpulan Wang Disatukan mengikut prosedur, sebelum dibelanjakan melalui peruntukan diluluskan Parlimen.

Beliau berkata, walaupun tindakan itu tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pengumuman Loke menimbulkan kebimbangan berhubung pemisahan antara sumber kerajaan dan kepentingan parti menjelang PRN Melaka pada 14 Nov.

Loke mengumumkan bantuan RM1,000 itu semasa majlis pengumuman calon PH di Melaka pada Sabtu lalu, sambil menyatakan pembayaran akan dibuat hari ini.

Beliau menyifatkan inisiatif terbabit sebahagian usaha kerajaan persekutuan menyalurkan hasil awam dalam program yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia serta meringankan beban tekanan kos sara hidup.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.