ESPN DeportesPumas saca triunfo en Puebla y sueña con LiguillaESPN⚾ Sights and sounds from Brewers' championship paradePunchFani-Kayode assumes duties as Nigeria’s envoy to South AfricaThe Jerusalem PostTrump's oil holdings surge 43% amid Iran war, raising conflict of interest concerns - reportInquirerSara Duterte camp rejects new cash delivery claimZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkHakkari'de hudut geçiş olayına müdahale ederken yaralanan askerimiz şehit olduUOLMorte de mexicano após tiro do ICE mobiliza voto anti-Trump no TexasRTL BoulevardGrijs weekend, al is er in het zuiden vandaag wel wat zonHet Laatste NieuwsTopman van Bugatti achtervolgt dief van zijn 2,7 miljoen euro kostende auto tot in OostenrijkGhaflaTim Wanyonyi Joins Edwin Sifuna’s Linda Mwananchi Movement Ahead of 2027 ElectionsAntara NewsPrabowo tells youth to study nation's history to avoid past mistakes
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

Hadi bayangkan kerjasama BN-PN diperluas selepas PRN Melaka

Translate

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin diteruskan selepas PRN Melaka, malah diperluaskan ke pilihan raya umum (PRU), kata Presiden PAS Hadi Awang.

Hadi berkata kedua-dua gabungan komited untuk merapatkan perbezaan, menyelaraskan jentera pilihan raya dan memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Insya-Allah, kerjasama itu akan berterusan. Kita jangka keadaan akan menjadi lebih baik selepas memperoleh pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan kini, buat kali ketiga, di Melaka.

“Insya-Allah, kerjasama ini akan diperluaskan ke peringkat persekutuan dan seterusnya,” katanya kepada pemberita ketika hadir memberi sokongan kepada calon PN semasa proses penamaan calon bagi kerusi Bukit Katil di Dewan Tun Ali di sini pagi tadi.

Ditanya sama ada kerjasama itu turut melibatkan negeri diterajui PAS seperti Kelantan dan Terengganu, Hadi memberikan bayangan positif.

“Insya-Allah, akan ada kerjasama,” katanya.

Mengikut pembahagian kerusi bagi PRN Melaka, BN bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN, manakala PAS dan rakan strategiknya bertanding di baki lima kerusi.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan PN dua kerusi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.