ESPNOur guide to every NFL Week 4 game: Matchup previews, predictions, picks and nuggetsESPN DeportesAntonelli, el más rápido en la tercera práctica en SepangPunchUS lawmaker hails arrest of terrorist leaderInquirerOver P3.2M ‘shabu’ seized, 4 nabbed in Northern Mindanao drug stingsVanguardDried placenta may help men regain erections faster after prostate surgery – StudyZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkHava Durumu (03-10-2026)경향신문얼마나 빨리 걸어야 오래 살까…‘시속 4.8㎞’에 담긴 뜻South China Morning PostHong Kong Airport Authority to reshape 11 Skies as a high-end tourism landmarkSözcüİstanbul'da yarın bazı yollar trafiğe kapatılacakNew Straits TimesDoctor couple lose RM300k after being duped by father of former singer中国新闻网第九届纽约中国当代音乐节开幕
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

PRN Melaka: Umno terbuka PAS guna logo BN, tapi bukan semua parti diterima

Translate

Umno mengalu-alukan kesediaan PAS menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka yang disuarakan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bagi memuktamadkan kerjasama kedua-duanya.

Namun Naib Presiden Umno Khaled Nordin menekankan keterbukaan itu tidak terpakai kepada semua parti, lapor Utusan Malaysia.

Menurutnya, mana-mana pihak yang mahu bertanding menggunakan logo BN perlu melalui tapisan dan tertakluk kepada keputusan parti.

“Kalau mana-mana pihak bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, sangat-sangat kita alu-alukan.

“Tetapi haruslah bersandarkan kepada keputusan-keputusan pokok,” katanya.

Bagaimanapun, Khaled tidak memberi pengesahan sama ada keterbukaan sama turut diberikan kepada komponen PN lain seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan).

“Siapa nak datang rumah kita, orang yang kita sukalah. Bukan semua orang,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi dengan Umno pada PRN Melaka sudah mencapai kira-kira 90%, sebelum dibawa kepada kepimpinan parti masing-masing untuk pengesahan akhir.

PAS juga menyatakan kesediaannya menggunakan logo BN sekiranya ia dapat membantu memuktamadkan kerjasama berkenaan, seperti disuarakan oleh Presiden Hadi Awang sebelum ini.

Sebelum ini, timbul cadangan parti komponen PN mungkin perlu bertanding di bawah logo lain jika penggantungan aktivitinya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berterusan.

JPPM menggantung sementara aktiviti PN berkuat kuasa 23 Sept lalu susulan aduan Bersatu dan gabungan itu perlu menjawab persoalan dibangkitkan agensi terbabit.

Selain PAS dan Wawasan, PN turut dianggotai Pejuang, MIPP dan Gerakan.

Kedudukan Bersatu pula dilihat tidak menentu selepas hubungan dengan PAS terputus dan turut bertanding di bawah logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.