Daily MaverickBOOK EXCERPT: Stoep stories in Victoria West — Where the Karoo’s quiet streets keep history alivePunchOkonkwo poised to grab Charlton chanceInquirerEx-DOE chief: Tap flood infra funds for Visayas powerThe Jerusalem PostHegseth, defense officials weighed using emergency law to reinstate Nvidia's Huang - report한겨레‘반값·8할·20%할인’ 격언도 안 통하는 일본 주식…‘공포의 12월’ 온다CNN Türk26 KASIM METEOROLOJİ HAVA DURUMU | Bugün hava nasıl olacak, İstanbul’da yağış var mı? Soğuk hava dalgası kapıda!ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCapital FMMore Villages at Risk as Kenya Red Cross Warns of Further Flooding in Tana DeltaSBS 뉴스장동혁, '친한계 조작 징계 의혹 제기' 황경성 윤리위원 해임GhaflaKenya Power Announces Planned Outages in Nairobi, Kiambu, Nyeri, Kwale and Kilifi on November 26النهارالانتصار في البحار... عن مُثلّث هرمز وأوكرانيا وليبياKhaosod EnglishBad weather postpones Macy’s Thanksgiving Day Parade for first time ever
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Pembantu Hannah Yeoh diminta hadir ke SPRM isu pajakan KLSCAH

Translate

Pembantu Hannah Yeoh diminta hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi membantu siasatan isu pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook mengenai isu KLSCAH.

Beliau berkata, tiga pegawai SPRM datang ke pejabatnya di Jabatan Wilayah Persekutuan semalam dan meminta pembantunya hadir ke pejabat suruhanjaya itu pagi ini.

“Ya, saya mengesahkan tiga pegawai SPRM datang ke pejabat saya di Jabatan Wilayah Persekutuan semalam dan meminta pembantu saya hadir ke SPRM pagi ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurut laporan media, pembantu Hannah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kontroversi pembaharuan pajakan tanah KLSCAH.

Isu itu timbul selepas kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000, berbanding anggaran asal kira-kira RM4.67 juta.

Yeoh sebelum ini mempertahankan keputusan itu dengan menjelaskan kelulusan dibuat Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipengerusikan ketua setiausaha negara (KSN), bukan keputusan peribadinya.

Beliau dipetik berkata, kadar premium itu ditetapkan selepas tanah berkenaan ditukar daripada kegunaan komersial kepada institusi, selain mengambil kira status KLSCAH sebagai bangunan warisan kebangsaan sejak 2007.

Yeoh turut menjelaskan tujuh pertubuhan lain di Kuala Lumpur pernah menerima premium nominal RM1,000 bagi pajakan 99 tahun.

Setakat ini, SPRM belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai siasatan berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.