The Jerusalem PostThird US aircraft carrier enters Middle East as Trump heads to China for talks with Xi, PutinCNN TürkKYK BURSU NE ZAMAN YATACAK 2026: KYK bursu ödeme takvimi belli oldu mu?InquirerDole releases payment rules for Asean Summit holidaysZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제트럼프 방문 앞두고 마닐라 ‘난장판’…시위대 수백명 체포Daily MailAde Adepitan says I'm A Celebrity jungle is 'more accessible than London' after bespoke changes - and reveals Cyclone ambition for his sonStraits Times SportAustralians Zoric, Ewing take world surfing games goldCollider10 Great Fantasy Movies That Come Close to Perfectionالشرقأرملة رئيس هايتي الراحل تسجل ترشحها لأول انتخابات منذ عقدNew Straits TimesPotential OPR hike to boost banks' NIM, Public Bank set to gain mostThe Sydney Morning Herald‘Not some controlling monster’: Elizabeth Holmes’ partner gives first interview since doco releaseMintIMD weather update: Andhra, Odisha on high alert as third cyclone brews over Bay of Bengal in 3 weeks
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 16, 2026

Umno tak boleh tuntut kejayaan, lepas tangan atas kegagalan

Translate

Umno tidak boleh mengharapkan pengundi mengiktiraf pengalamannya mentadbir negara, tetapi pada masa sama cuba melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap kegagalan yang berlaku ketika parti itu berkuasa, kata seorang penganalisis.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Umno tidak boleh sekadar menyalahkan pegawai atau pengarah syarikat kerana pelantikan jawatan kanan dan dasar utama kerajaan berada di bawah tanggungjawab menteri daripada parti itu.

“Tanggungjawab politik berbeza daripada tanggungjawab di sisi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, membiarkan proses mahkamah berjalan tidak bermakna Umno boleh mengelak daripada mengakui kelemahan dalam pengawasan politik dan menyokong pembaharuan bagi mengelakkan kegagalan sama berulang.

Merujuk isu 1MDB, Tabung Haji dan projek kapal tempur pesisir (LCS), Mazlan berkata kesan jangka panjang terhadap kewangan dan keselamatan negara menjadikan isu berkenaan masih relevan untuk pengundi menilai kemampuan Umno mentadbir.

Katanya, isu itu bukan sekadar kontroversi lama kerana kesannya masih dirasai terhadap kewangan awam dan keupayaan negara.

Mazlan berkata, Umno perlu membuktikan kesungguhannya melakukan pembaharuan, bukan sekadar bergantung pada pengalaman mentadbir sebelum ini.

Ini termasuk memberi lebih banyak peluang kepada pemimpin yang tidak terpalit dengan kontroversi lalu untuk meningkat dalam parti, selain memastikan pemilihan parti lebih telus.

“Umno perlu menetapkan dasar jelas untuk menggantung atau memecat ahli yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, tanpa kompromi politik,” katanya.

Beliau turut menggesa Umno menyokong proses tapisan lebih ketat bagi pelantikan menteri dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), memastikan perolehan kerajaan lebih telus serta melaksanakan pembaharuan bagi mengehadkan kuasa budi bicara menteri.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, tidak adil jika pengalaman Umno mentadbir negara selama beberapa dekad hanya dinilai berdasarkan kontroversi seperti Tabung Haji atau 1MDB, atau kesalahan individu dijadikan ukuran terhadap keseluruhan parti.

“Kita perlu membezakan antara salah laku individu, kelemahan institusi dan sumbangan lebih besar sesebuah parti politik,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan Umno ketika mentadbir negara dalam bidang pendidikan, pembangunan luar bandar dan perindustrian, termasuk penubuhan institusi seperti Felda dan Mara, juga wajar diambil kira dalam menilai rekod pentadbiran parti itu.

Awang Azman turut menegaskan prinsip kebertanggungjawaban perlu dikenakan secara sama rata terhadap semua pentadbiran, bukannya berubah mengikut kepentingan politik.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno tidak boleh menggunakan rekod sumbangannya terhadap pembangunan negara sebagai alasan untuk mengelak daripada menjelaskan kelemahan dalam tadbir urus dan pengawasan.

“Rekod pencapaian Umno sebelum ini masih menjadi kelebihan, asalkan parti itu dapat membuktikan bahawa ia sudah mengambil pengajaran daripada kelemahannya,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.