The Jerusalem PostJapan launches uncrewed space mission to become first to gather samples from Mars' moon PhobosPunch83 bag first-class degrees as 1,043 graduate from JABUESPN DeportesRays y Brewers jugarán Serie Mundial de equipos sin títuloInquirerPWD group seeks NBI help in case vs ‘macho’ hosts한겨레역삼동 인접 건물 2곳서 연달아 화재…중상자 1명 자가 호흡 회복ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe Sydney Morning HeraldMaking the country safer must start in the building where Helen and I workObservador DesportoAs notícias das 6hSözcüÜsküdar Belediyesi'nde 3. seçim günü: Yeni başkanvekili için oylamaya gidilecekکیهان لندنخِرَد، میراث نانوشته‌ی شهریاران (به یاد و میراث اندیشگی شجاع‌الدین شفا)SportstarRanji Trophy Live Score Day 3: Ruturaj Gaikwad scores fifty; J&K 76/7 vs Vidarbha; Services 150 runs to beat Bengaln-tvRekordtief kurz vor den Midterms: Trump in Umfrage so unbeliebt wie nie
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

30 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Muda antara bacaan tertinggi

Translate

Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167, diikuti Klang (164) dan Banting (160).

Di Kuala Lumpur, selain Batu Muda, Cheras turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 165, manakala Putrajaya (162).

Johor merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (157), Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (153), Kluang (152), Pengerang (151), Batu Pahat (143) dan Tangkak (142).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan (166), Seremban (160) dan Port Dickson (151) manakala di Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan bacaan 163, diikuti Alor Gajah (155) dan Bandaraya Melaka (153).

Bagi Pahang, Rompin mencatatkan bacaan IPU 152, Balok Baru, Kuantan (151), Jerantut (136), Indera Mahkota (115) dan Temerloh (104).

Di Perak, Tasik Ipoh merekodkan bacaan 155 dan Pegoh Ipoh (151), manakala di Terengganu, Paka mencatatkan bacaan 156 dan Kemaman (101).

Sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.