ESPN DeportesPumas visita a Puebla en duelo clave para meterse a LiguillaESPNWay-Too-Early 2027 MLB Power Rankings: Are the Brewers No. 1?The Jerusalem PostJewish leaders for social change: Nine of history's most influential Jewish activistsCNN TürkRize'de sağanak taşkına neden olduPunchHuman trafficking: Police rescue three girls in LagosInquirerJeepney driver tests positive for drugs ahead of Undas in La UnionUOLFrança reforça segurança para novos protestos no Halloween e teme ação de mascaradosالنهارتركيا ترشح فريدون سينيرلي أوغلو لمنصب الأمين العام للأمم المتحدةZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe Sydney Morning HeraldHyrox athlete who soiled herself ‘traumatised’ by backlashBBC NewsCelebrity Traitors comes to a climax in nail-biting finalLenta.ruВ США раскрыли последствия ударов России по Украине
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

Tun Faisal tolak gesaan Kiandee lucut keahlian Ahli Parlimen tandatangan CSA

Translate

Bersatu menolak gesaan supaya keahlian mereka yang menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dengan gabungan kerajaan dilucutkan, dengan alasan tindakan itu tidak boleh disamakan dengan pemecatan enam Ahli Parlimen pada 2024.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata keahlian enam Ahli Parlimen yang dipecat dan dua lagi yang digantung sebelum ini ditamatkan kerana melanggar perlembagaan parti. Bagaimanapun, mereka yang menandatangani perjanjian keyakinan itu berbuat demikian susulan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu yang digantung, Ronald Kiandee di Facebook, yang mempersoalkan keputusan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, bersama lima Ahli Parlimen lain untuk menandatangani CSA itu.

Kiandee berkata, memandangkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu dipecat kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, keahlian mereka yang menandatangani CSA juga sepatutnya ditamatkan secara automatik.

Bagaimanapun, Tun Faisal berkata Bersatu mengambil tindakan terhadap enam bekas Ahli Parlimen itu kerana melanggar perlembagaan parti dan ingkar arahan bertulis parti.

“Tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani CSA dengan kerajaan pusat selepas mendapat keputusan MPT Bersatu.

“Konteksnya sedikit berbeza dengan kedudukan dua Ahli Parlimen Bersatu yang dikenakan hukuman gantung dan enam yang dipecat oleh Lembaga Disiplin Bersatu,” katanya.

Tun Faisal berkata, ‘penyokong Hamzah Zainudin yang kini berada dalam Wawasan’ dikenakan tindakan kerana menandatangani akuan berkanun (SD) yang mendesak peletakan jawatan presiden serta berunding dengan parti lain tanpa kebenaran parti, antara kesalahan lain.

Enam Ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian semalam ialah Presiden parti, Muhyiddin Yassin (Pagoh), Radzi Jidin (Putrajaya), Ali Biju (Saratok), Suhaimi Abdullah (Langkawi), Nazri Abu Hassan (Merbok) dan Azman Nasrudin (Padang Serai).

Perjanjian itu turut ditandatangani Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat parti pada 2024 kerana mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.