Daily MaverickNew wave of bomb hoaxes hits dozens of flights across EuropePunchNJC suspends three judges, disciplines six othersThe Jerusalem PostDemocratic socialist Raman elected Los Angeles mayor in upset over Bass한겨레이 대통령, 한국전쟁기 민간인 희생자에 “깊은 애도…유해발굴 적극 추진”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostGrowing Vietnam ties test Japan’s commitment to rules-based regional orderGIGAZINE女性を物のように見てしまう「性的対象化」は電気刺激で矯正可能という研究結果Anime News NetworkDragon Ball Z's English Dub Composer Elected as Texas Attorney GeneralThe Sydney Morning Herald‘Total surrender, that’s what healed me’: Daine came back from the brink and made a pop classicGhaflaKenya Met Forecasts Rainfall in 48 Counties, Warns of High Temperatures in Eight RegionsSeeking AlphaAtkinsRéalis Group Inc. declares $0.02 dividendLenta.ruБывший заключенный рассказал о бесчеловечных пытках в тайных тюрьмах
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Masa suntuk sukar pulih kepercayaan penyokong PH, Bersatu, kata penganalisis

Translate

Tempoh kurang 10 hari menjelang PRN Melaka dilihat terlalu singkat untuk memulihkan kepercayaan antara penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu bagi membolehkan pemindahan undi berlaku secara menyeluruh, kata penganalisis.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata pemindahan undi antara kedua-dua pihak bukan sesuatu yang mudah memandangkan sejarah perseteruan mereka, khususnya susulan Langkah Sheraton pada 2020 yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Menurutnya, penyokong tegar Bersatu juga mungkin sukar menerima calon DAP yang sekian lama menjadi sasaran kritikan mereka manakala pendukung PH masih menyimpan dendam politik terhadap parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

“Kepercayaan politik yang telah terjejas selama beberapa tahun tidak boleh dipulihkan hanya melalui persefahaman kepimpinan dalam tempoh kempen yang singkat,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari dalam sebuah program audio siar pada Rabu bahawa gabungan itu tidak menghalang penyokongnya mengundi calon Bersatu di kawasan tidak ditandingi PH.

Bagaimanapun, Adly berkata tiada arahan khusus dikeluarkan kerana PH menumpukan usaha memenangi 24 kerusi ditandinginya, selain menegaskan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai saingan utama.

Menurut naib presiden Amanah itu juga, walaupun enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk Muhyiddin menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) pada 29 Okt lalu, ia tidak semestinya menjamin kesepakatan dalam kerjasama politik.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di 24 daripada 28 kerusi DUN, manakala Bersatu meletakkan calon di tujuh kerusi.

Bagaimanapun, Tawfik berkata pengundi sederhana dan pragmatik mungkin bersedia mengetepikan perseteruan lampau sekiranya matlamat menghalang kemenangan BN dan PN dianggap lebih penting.

Namun, beliau menjangkakan pemindahan undi hanya berlaku secara terpilih dan bukannya menyeluruh.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia dengan nada berbeza optimis kemungkinan berlaku pemindahan undi, walaupun mengakui tempoh kempen 14 hari tidak mencukupi untuk membina persefahaman sepenuhnya antara penyokong kedua-dua pihak.

“Bersatu bukan musuh PH sekarang dan PH juga bukan musuh Bersatu. Musuh PH ialah BN dan PN, begitu juga musuh Bersatu. Jadi, kedua-duanya mempunyai matlamat sama,” katanya.

Beliau menjangkakan sekitar 50% hingga 60% penyokong mungkin bersedia mengundi calon daripada pihak satu lagi di kawasan yang tidak ditandingi parti pilihan mereka.

Mazlan berkata, ketiadaan pengumuman kerjasama rasmi juga tidak semestinya menghalang pemindahan undi kerana jentera kedua-dua pihak boleh menyampaikan petunjuk dan arahan politik secara langsung kepada penyokong tanpa perlu berkongsi pentas kempen.

Beliau memberi contoh pendekatan PAS yang menurutnya pernah mengarahkan penyokong mengundi Umno di kawasan tidak ditandingi parti itu di Johor.

“Jadi, kalau PAS boleh berbuat demikian, kenapa Bersatu tidak boleh? Kenapa PH tidak boleh?” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.