ESPN DeportesOhtani no juega, Dodgers confía no enviarlo a ILESPNTRO paves way for Daley, Wyatt to return to IUThe Jerusalem PostIsrael Aerospace Industries' first cargo-converted Airbus aircraft completes first flightוואלהלפחות 10 הרוגים בפיצוץ בבסיס צבאי בבוליביהMalay MailPerak exco hopes Budget 2027 will prioritise welfare of older rural residentsCollider'The Wheel of Time' Meets 'Sherlock' in Prime Video’s 2-Part Fantasy SeriesPunchAuditor-General flags N33.75bn transfers to unverified beneficiariesDaily Mail'Age means nothing when you're in love': The 22-year-old surfing instructor dating the 42-year-old daughter of Brigitte Macron reveals all about their relationship... and why it's not just a summer flingHet Laatste NieuwsRuim duizend Europeanen besmet met westnijlvirusOnetRozkaz "ciszy na froncie" dla Ukraińców. Rosjanie atakowali. Podsumowanie nocy中国新闻网江西吉安遂川县高坪镇发生山体滑坡 十余人被埋NOS EconomiePolitiek dwarsboomt eigen toezichthouder statiegeld: 'We zijn minder effectief'
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 5, 2026

Pemimpin Pemuda senarai 10 sebab PAS wajar pimpin PN Selangor

Translate

Pemuda PAS Selangor menyatakan 10 sebab kenapa PAS wajar diberi peluang memimpin Perikatan Nasional (PN) negeri itu, termasuk mempunyai jentera akar umbi dan pengalaman dalam pentadbiran.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Suffi Kamari berkata jika PN mahu menawan negeri itu pada PRU16, gabungan itu memerlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan benar-benar bersedia menggerakkan seluruh kekuatan akar umbi.

“Kekuatan PAS bukan bermusim ketika pilihan raya. Kita ada jentera daripada negeri, kawasan, DUN, cawangan yang bekerja sepanjang masa.

“Kita juga mempunyai pimpinan berpengalaman dalam pentadbiran, politik, organisasi dan perjuangan akar umbi. Jangan gambarkan seolah-olah tiada orang lain mampu memimpin PN Selangor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jawatan pengerusi PN Selangor kini kosong selepas Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali melepaskan jawatan itu pada Januari lalu.

Suffi berkata, PN tidak boleh masuk gelanggang PRU16 dengan kepimpinan yang masih teragak-agak dan gabungan itu perlukan satu nakhoda, satu arahan dan satu matlamat.

“Kita tidak mahu selamanya menjadi pembangkang. Matlamat kita jelas — bina kekuatan, yakinkan rakyat dan tawarkan sebuah kerajaan baharu untuk Selangor.

“Kita perlukan kepimpinan yang berani menjadi semak dan imbang kepada kerajaan PH Selangor. Jangan sampai rakyat sendiri keliru siapa kerajaan dan siapa pembangkang,” katanya.

Kenyataan beliau itu, menyusul desakan Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar semasa perbahasan ucapan dasar presiden di muktamar PAS di Kelantan hari ini yang turut menggesa parti itu mengambil alih jawatan pengerusi PN Selangor.

Pada April lalu, Bersatu mendakwa PAS Selangor bersetuju Azmin yang juga Adun Hulu Kelang kembali mengetuai PN Selangor, bagaimanapun ia dinafikan Pemuda PAS Selangor.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.