PunchUK councillor convicted over call to ‘melt’ NigeriansDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Clayface turns Batman’s shapeshifting villain into a skin-crawling body horrorThe Jerusalem PostThree killed, three critically injured after car plows into pedestrians in Los AngelesInquirerRomualdez suspended for 90 daysCNN TürkFeci ölüm: Otomobil, park halindeki TIR'ın altına girdiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالشرقتقرير: ترمب تجاهل تحذيرات استخباراتية بشأن علاقة رئيس إنفيديا بـ"جاسوسة صينية"CNN بالعربيةعراقجي يرد على فرنسا بعد رصد هجوم إلكتروني "غير مسبوق" واتهام طهران بالوقوف خلفهCBS SportsCollege Football Playoff Rankings: Georgia moves to No. 1 as Alabama, UCLA join top four in second releaseХабрCPU простаивает, а Linux показывает 80% давления. Как я нашёл причину в одном контейнере경향신문젠슨 황 재산 200조원…“이혼 시 절반 분할 가능성도”Screen Rant10 Marvel Mutants Whose Powers Are Actually Horrific Nightmares To Live With
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

‘Inilah DAP sebenar’, Guan Eng pertahan peletakan jawatan Loke

Translate

Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan keputusan Loke Siew Fook melepaskan jawatan menteri pengangkutan sebagai gambaran sebenar pendirian dan prinsip yang diperjuangkan parti itu sejak menjadi pembangkang.

Jelasnya, tindakan Loke meletak jawatan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah membuktikan parti itu tidak mengubah pendirian, meskipun kini menjadi sebahagian kerajaan.

“Loke telah membuktikan dengan jelas bahawa inilah DAP yang sebenar apabila beliau sanggup mengorbankan jawatan demi prinsip, serta melepaskan segala kemudahan dan keistimewaan jawatan demi mempertahankan maruah,” katanya dalam kenyataan.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP berkata, Loke menunaikan janjinya untuk berundur dan membuktikan beliau melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata, DAP kekal tegas membantah peranan utama Najib dalam skandal 1MDB, yang menurutnya membabitkan RM52 bilion, sama ada ketika parti itu berada di blok pembangkang atau dalam kerajaan.

Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta semalam susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Setiausaha agung DAP itu sebelum ini mengumumkan hasrat meletak jawatan selepas pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib, namun bersetuju meneruskan tugas buat sementara atas permintaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Jumaat lalu, Loke menegaskan peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik saja Najib memulakan tahanan rumah, sekali gus menjadikan keputusan mahkamah semalam sebagai titik pelaksanaan janji itu.

Lim berkata, DAP berpegang teguh kepada prinsip memperjuangkan kebenaran dan menolak kemungkaran, meskipun tindakan itu menyebabkan parti kehilangan jawatan dalam Jemaah Menteri.

Tegasnya, seluruh kepimpinan dan anggota DAP berdiri teguh di belakang Loke susulan keputusannya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.