Khir Toyo dilantik ketua penaja Wawasan Tanjong Karang

Bekas menteri besar Selangor Khir Toyo mengesahkan pelantikannya sebagai ketua penaja Wawasan Tanjong Karang.
Beliau menerima watikah pelantikan rasmi daripada Presiden Wawasan Hamzah Zainudin.
Menurut Khir, jawatan itu disifatkan bukan sebagai satu kemegahan, sebaliknya satu amanah besar yang perlu dipikul bagi berkhidmat kepada masyarakat.
“Amanah ini untuk berkhidmat kepada rakyat, memperkukuhkan Parti Wawasan Negara di Tanjong Karang, dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.
Khir sebelum ini dilaporkan meninggalkan Bersatu untuk menyertai Wawasan, lebih setahun selepas beliau menyertai parti pimpinan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin itu.
Beliau yang juga bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal dilaporkan menyertai parti itu selepas PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu, dengan alasan Bersatu dilihat sudah kehilangan hala tuju serta sering berdepan perbalahan dalaman.
Khir berkhidmat sebagai menteri besar Selangor dari 2000 hingga 2008 dan pernah cuba kembali aktif dalam pilihan raya pada PRU 2022 bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, namun Barisan Nasional ketika itu memilih Jamal Yunos sebagai calon.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.