Daily MaverickClimate change likely to have helped trigger Nepal glacier collapse, scientists sayInquirerLahar threat from Kanlaon forces evacuationsוואלהרוכב אופנוע בן 24 במצב קשה בעקבות תאונת דרכים בנתניהESPN DeportesMessi guía al Inter Miami al título ante Cruz AzulPunchNigeria raises N748.6bn from FGN bonds as rates easeThe Jerusalem PostUS denies Abbas visa as UN weighs remote participation한겨레한국애브비, 국내 바이오텍과 공동연구·기술이전 협력 모색 [건강한겨레]VanguardConcession dispute: Police lockdown King’s CollegeStraits Times SportOlympic skateboarder Aoki referred to prosecutors over marijuana possessionسكاي نيوز عربيةالمركزي الإماراتي يرفع سعر الأساس بواقع 0.25%BBC NewsEd Sheeran asked me to donate $2m in aid, Robert Kraft says after Macklemore backlashThe Indian ExpressPM Modi to inaugurate Semicon India 2026: A look at India’s renewed semiconductor focus
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Sarawak mahu kestabilan untuk semua, bukan hanya Melayu, kata Abdul Karim

Translate

Sarawak mahu semua masyarakat — bukan hanya parti Melayu di Semenanjung Malaysia — menikmati kestabilan dan perpaduan politik, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata rakyat Sarawak dan Sabah berasa ‘tidak selesa’ dengan perkembangan di Semenanjung, khususnya apabila kaum dan agama dilihat semakin mempengaruhi hala tuju politik negara.

Sambil menyatakan kebanyakan parti di Semenanjung dan Borneo ditubuhkan berdasarkan kaum atau agama pada 1950-an dan 1960-an, Abdul Karim berkata pemimpin hari ini perlu melangkaui kriteria berkenaan ketika menentukan siapa yang patut memimpin Malaysia.

“Selepas lebih 60 tahun Merdeka, tumpuan tidak seharusnya terlalu diberikan kepada kaum,” kata menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan negeri itu kepada FMT.

Sambil menegaskan Sarawak tidak mahu melihat perpecahan dalam kalangan orang Melayu, Abdul Karim berkata kestabilan politik tidak seharusnya ditakrifkan semata-mata berdasarkan perpaduan politik Melayu.

“Kami mahu melihat kestabilan dan kebersamaan bukan sahaja dalam kalangan parti Melayu di Malaya tetapi juga parti yang mewakili kaum dan kumpulan agama lain,” katanya.

Adun Asajaya itu berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Khaled Nordin pada perhimpunan agung parti itu bahawa perpecahan Melayu boleh menjejaskan keyakinan pemimpin Sabah dan Sarawak terhadap kepimpinan dari Malaysia Barat.

Khaled berkata pemimpin di Malaysia Timur bukan sekadar memerhatikan perbalahan sesama orang Melayu, malah turut mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia Barat masih wajar diberi kepercayaan untuk memimpin negara.

Abdul Karim berkata ketidakstabilan politik di Semenanjung akan menjejaskan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Semenanjung yang tidak stabil akan membawa kepada Malaysia yang tidak stabil dan ini juga akan menjejaskan pembangunan masa depan Sabah dan Sarawak, khususnya hubungan kami dengan negara-negara asing,” katanya.

Beliau menggesa pemimpin di Semenanjung supaya lebih memahami kebimbangan di Sabah dan Sarawak, sambil mengingatkan bahawa negeri-negeri Malaysia Timur merupakan rakan setara dalam Malaysia.

Abdul Karim mengakui bahawa dengan jumlah kerusi Parlimen yang agak kecil, gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan sendiri siapa yang patut memimpin negara.

Bagaimanapun, katanya, GPS kekal sebagai rakan penting bagi parti di Semenanjung yang memerlukan sokongan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“GPS sangat bersatu dan itu mungkin menyebabkan parti-parti Malaya yang berpecah mahu menarik kami — untuk menambah sokongan mereka bagi membentuk kerajaan negara.

“Kami akan bertindak sebagai ‘penstabil’ dalam menentukan siapa yang patut memimpin Malaysia,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.