PunchFULL LIST: Countries with the largest Christian, Muslim populationsCNN TürkMASTERCHEF ÖDÜL OYUNUNU KİM KAZANDI? 20 Kasım eleme potasında son durum ne?CumhuriyetBursa'nın yanı başında: Rengârenk cumbalı evleri ile sanat köyü 'Misi'Daily MaverickA luxurious Silicon Valley trip cannot fix what the South African government has broken at homeZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFLenta.ru15 человек пострадали при утечке газа в бассейне в российском городеسكاي نيوز عربيةمليارات النفط الإيراني.. كيف تتسرب إلى جيوب الوسطاء؟Rai NewsJonathan Rinderknecht condannato per aver appiccato l'incendio a Palisades e MalibuSouth China Morning PostMan, 61, arrested over fake Chanel, Dior perfumes sold in alleged scam run by his sonNU.nlRechter in VS keurt miljardenschikking van Bayer goed met gebruikers RoundupNOS SportShorttracker Boer grijpt eerste grote zege op 500 meter, Van 't Wout tweede20 MinutenFinn und Nico: So gut sind die Weihnachtsspots der Detailhändler
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 21, 2026

NGO gesa polis siasat kemungkinan konspirasi guling Ismail

Translate

Sebuah NGO menggesa polis menyiasat pihak di sebalik surat peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan susulan dakwaan beliau tidak bersetuju dengan penyerahan surat itu kepada pihak istana.

Setiausaha Agung Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Razali Zakaria, menggesa polis menyiasat kemungkinan wujud rancangan menjatuhkan Ismail daripada jawatan itu tanpa persetujuannya.

Menurutnya, laporan berita berhubung penafian Ismail dan kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menimbulkan persoalan mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap surat itu.

“Percanggahan maklumat yang dilaporkan ini menimbulkan persoalan mengenai pihak yang menyediakan, mengarahkan dan menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut,” kata selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi.

Beliau berkata, polis perlu menyiasat sama ada terdapat rancangan pihak tertentu untuk menyebabkan Ismail hilang jawatan melalui proses menyalahi undang-undang dan kemungkinan wujud kaitan pihak terlibat dalam isu surat ini dengan usaha menyingkirkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Saya juga memohon supaya disiasat sama ada terdapat unsur pakatan jahat jenayah, pemalsuan dokumen, penipuan atau penyalahgunaan kuasa untuk tindakan tersebut.”

Razali bagaimanapun mengakui beliau tiada bukti untuk mengesahkan ada konspirasi untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz setakat ini.

Tegasnya, laporan polis ini dibuat bagi mempertahankan demokrasi serta keluhuran perlembagaan Negeri Sembilan sambil berharap siasatan siasatan dijalankan secara bebas, profesional dan menyeluruh.

Krisis perlembagaan Negeri Sembilan memasuki episod baharu apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, pada 16 Nov lalu mengumumkan Ismail meletak jawatan sebagai menteri besar selepas gabungan itu menerima salinan surat peletakan jawatan bertarikh sama yang dialamatkan kepada Tuanku Muhriz.

Semalam, Tuanku Muhriz menitahkan Ismail meneruskan khidmat dan tanggungjawab sebagai menteri besar bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Ismail mengesahkan perkara itu selepas menghadap Tuanku Muhriz dan turut menafikan mengemukakan surat peletakan jawatan serta berikrar untuk terus melaksanakan amanah serta tanggungjawab diberikan dengan penuh dedikasi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.