ESPN DeportesEN VIVO: Brewers descuenta gracias al segundo error del mexicano ArandaPunchUnderground gas spreads panic across Ogun schoolsESPNGiannis fouls out vs. undermanned Hornets as Heat tumble to 0-3The Jerusalem PostSurvivors of clergy sexual abuse reach $800m. settlement with New York ArchdioceseCNN TürkTürkiye-KKTC doğal gaz hattı için NAVTEX yayımlandı한겨레‘30일 첫차부터 파업’ 경기버스노조, 97.7% 찬성…29일 분수령ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLQuem está na frente para presidente? Veja números de Lula x Flávio nas pesquisas매일경제한동훈 “오세훈과 손 놓은 적 없다”…보수 재건 연대 신호?경향신문쿠팡·한화 조사 거부 논란에…주병기 “매출 1%로 과징금 확대 필요”Globo EsporteCorinthians x Independiente Dragonas - Taça Libertadores Feminina 2026 - Ao vivo - globoesporte.comMalay MailBaby, child and two elderly women killed in multi-vehicle Pagoh crash
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

BN dapat manfaat besar jika pendaftaran PN kekal batal, kata penganalisis

Translate

Penganalisis berpendapat jika mahkamah mengekalkan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sebagai parti terasnya akan mendapat manfaat besar.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, tanpa PN, PAS akan berdepan kesukaran meraih sokongan pengundi dan terpaksa berkompromi demi menjalin kerjasama dengan BN.

James Chin daripada Universiti Tasmania pula berkata, PN kekal satu-satunya penghalang bagi Umno dalam menjalin kerjasama dengan PAS kelak dan ini terbukti apabila Umno bertegas mengadakan rundingan terus PRN Melaka dengan PAS, bukannya PN.

Bagi Azmi, antara faktor utama ialah persepsi awam.

james chin

James Chin.

Katanya, penggunaan logo PN telah membantu melembutkan imej PAS, khasnya di mata pengundi bukan Melayu.

Jelasnya, nama gabungan itu yang tertera pada latar belakang berwarna biru gelap memberikan imej lebih sederhana, manakala logo PAS menampilkan bulan dengan latar belakang hijau mungkin kurang disenangi pengundi bukan Islam dan bukan Melayu.

“Ini mungkin menyebabkan PAS lebih terdesak berunding bagi membentuk pakatan dengan BN,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, situasi ini juga mungkin memaksa PAS mengurangkan tuntutan mereka untuk bertanding lebih banyak kerusi.

BN menyatakan dengan jelas akan bertanding semua 21 kerusi dimenanginya pada PRN Melaka 2021, termasuk DUN Rembia, di mana Adunnya melompat ke PAS sebelum undang-undang antilompat parti negeri itu dikuatkuasakan.

Rabu lalu, Pengerusi BN, Zahid Hamidi, dilaporkan berkata gabungan itu akan bertanding 21 kerusi pada PRN Melaka 14 Nov nanti, manakala PAS dan sekutu PN mereka bertanding di baki tujuh kerusi.

PAS bagaimanapun berkata rundingan agihan kerusi belum dimuktamadkan.

Selasa lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) mengumumkan pendaftaran PN dibatalkan atas alasan penjelasan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan pendaftarannya yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Bagaimanapun, pembatalan pendaftaran itu ditangguhkan Mahkamah Tinggi sementara menunggu keputusan prosiding semakan kehakiman difailkan PN bagi mencabar pembatalan berkenaan.

PN halang kerjasama langsung Umno-PAS

Chin berkata, Umno akan mendapat manfaat paling besar daripada pembatalan pendaftaran PN kerana gabungan itu antara halangan utama kepada kerjasama langsung Umno dan PAS.

“Melalui Bersatu, beberapa bekas ahli Umno terbabit dalam pembentukan PN. (Jadi, apabila PN diketepikan) Umno yang paling banyak mendapat manfaat,” katanya.

Penubuhan PN pada 2020 dilihat faktor utama yang membawa kepada keruntuhan Muafakat Nasional antara Umno dan PAS.

Chin berkata, pembatalan pendaftaran PN juga akan membolehkan PAS memfokuskan usaha membentuk pakatan kukuh dengan Umno.

Wawasan, Gerakan dan MIPP berdepan risiko

Walaupun Umno mendapat manfaat dan laluan semakin terbuka untuk PAS, pembatalan pendaftaran PN mungkin membawa kesan buruk kepada parti komponen lain dalam gabungan itu, iaitu Wawasan, Pejuang, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Chin berkata, Wawasan mungkin menjadi pihak paling terjejas daripada perkembangan terbaharu itu memandangkan parti itu masih baharu dan kurang dikenali pengundi, walaupun Presidennya, Hamzah Zainudin merupakan ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

“Logo Wawasan tidak dikenali, jadi parti itu sangat bergantung kepada penggunaan logo PN.”

Wawasan yang bertanding atas tiket PN, memenangi tiga kerusi pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu.

Azmi berpendapat, pembatalan pendaftaran PN memberi PAS dan Wawasan lebih banyak ruang menyusun semula kerjasama mereka, walaupun langkah ini mungkin menjejaskan kerjasama mereka dengan Gerakan serta MIPP.

Beliau menjangkakan Pejuang, Gerakan dan MIPP tidak akan menyertai PRN Melaka, manakala PAS sera Wawasan mungkin bertanding melalui pakatan dengan BN.

“Saya berpendapat Gerakan dan MIPP tidak akan bertanding. Jika PAS bekerjasama dengan BN, mereka mungkin hanya mempunyai sekitar tujuh kerusi untuk ditandingi, yang saya jangka akan dibahagikan antara PAS dan Wawasan.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

BN dapat manfaat besar jika pendaftaran PN kekal batal, kata penganalisis — KioskNews