InquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 1, 2026CNN TürkTrump’tan dizel ihracatına yasak sinyali: Benzin fiyatları artabilirThe Jerusalem PostRubio orders Iran UNGA delegation to leave United States following stalled negotiations - reportPunchNigeria @66: Tinubu admits economic hardship, pledges to defeat povertyRTP DesportoCristiano Ronaldo deixa a Seleção NacionalBollywood HungamaAlia Bhatt joins Rami Malek, Sachin Tendulkar and Simone Ashley for a star-studded Earthshot Prize 2026 night in MumbaiХабрТеплицы на автопилоте: свет, шторы и вентиляцияSözcüSchengen ülkesinden bu Türklere vize kolaylığı: Başvurdukları gibi alacaklarSCMP ChinaMaxwell smart: new Chinese embodied model tops global AI ranking on physical tasksDaily MaverickESCAPE: Bangkok, a fever dream in neon and sepia, feeds hungry soulsThe Hollywood ReporterNetflix Spain Adds Films and Docs Curated by Streamer FilminVarietyGarin Nugroho, Mishima Yukiko, Qiu Jiongjiong Titles Among 15 in Tokyo Film Festival Competition
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Bekas CEO UiTM Holdings didakwa pecah amanah RM37.4 juta

Translate

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana syarikat berjumlah RM37.4 juta.

Azlizan Fadzil didakwa menyalahgunakan wang berkenaan, yang sepatutnya digunakan untuk pelaburan dalam pembangunan projek penjanaan tenaga solar fotovolta berskala besar berkapasiti 50MW di Pahang.

Sebaliknya, dana itu didakwa digunakan untuk tujuan lain. Azlizan didakwa melakukan kesalahan itu antara Februari hingga Oktober 2017.

Dakwan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Nasir Nordin membenarkan Azlizan diikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin serta memerintahkan beliau menyerahkan pasportnya.

Pengurusan kes ditetapkan pada 3 Nov.

Azlizan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi manakala Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How hadir bagi pihak pendakwaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.