InquirerJournalist says arrest, libel case a ‘special operation’PunchEbola: SDP presidential candidate warns against shifting 2027 electionsESPNThunder guard Williams stretchered off after suffering significant leg injuryDaily MaverickCAUGHT OUT: Gayton McKenzie’s Blu Label visits raise fresh questions over Ticketpro saleThe Jerusalem PostFrance works with 10 European nations to increase strength as nuclear deterrent - reportESPN DeportesKimi Antonelli gana en Austin y prepara coronación en MéxicoZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldTrump’s election rallies are getting weirder and looser – and more racistCapital FMEastleigh building collapse: Four survivors in hospital as rescue efforts continueSözcüAltında daha sert düşüş uyarısı: Ünlü analist yeni dip bekliyorسكاي نيوز عربيةالإمارات وبنين تعلنان اتفاقية الشراكة الاقتصادية الشاملةSportstarRanji Trophy LIVE score today: Priyansh Arya starts well for Delhi, Sonu Yadav strikes thrice for TN; Round 3 Day 1 updates
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 26, 2026

AS beri amaran ancaman keselamatan meningkat di Arab Saudi

Translate

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran peningkatan ancaman keselamatan daripada kumpulan Houthi susulan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid menyambung semula sebahagian operasinya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam amaran keselamatan terbaharu, kedutaan itu memaklumkan Jabatan Negara AS telah mengarahkan kakitangan kerajaan yang tidak terlibat dalam tugas kecemasan serta keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi, berkuat kuasa 23 Okt.

“Houthi yang disokong Iran telah melancarkan serangan terhadap Arab Saudi, termasuk menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur kritikal lain, mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam serta gangguan serius terhadap perjalanan,” menurut kedutaan itu.

Kumpulan Houthi yang menguasai ibu negara Yaman, Sanaa, dan beberapa wilayah lain sejak 2014, kembali bertempur dengan tentera kerajaan yang disokong Arab Saudi pada Julai selepas gencatan senjata yang dicapai pada 2022 gagal dipertahankan.

Selain sektor penerbangan, kumpulan itu turut menyasarkan kemudahan tenaga Arab Saudi.

“Pertempuran itu berpotensi merebak dengan pantas ke kawasan di luar lokasi konflik semasa,” menurut amaran kedutaan berkenaan.

Arahan supaya kakitangan terbabit meninggalkan negara itu kali pertama diumumkan kepada umum, pada Rabu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh dibuka semula sebahagiannya pada Ahad bagi penerbangan domestik dan beberapa perkhidmatan antarabangsa dikendalikan syarikat penerbangan Arab Saudi.

Namun, kedutaan berkenaan memberi amaran kepada rakyat AS mengenai kemungkinan serangan lanjut, penutupan ruang udara, dan pembatalan penerbangan, selain menggesa mereka mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan lapangan terbang di negara itu.

Kakitangan kerajaan AS kini perlu mendapatkan kebenaran khas menggunakan mana-mana lapangan terbang di Arab Saudi.

Sementara itu, kumpulan Houthi mengulangi ancaman terhadap lapangan terbang di Riyadh dengan memberi amaran bahawa kemudahan itu masih menjadi sasaran serangan meskipun sebahagian operasinya telah disambung semula.

Operasi lapangan terbang berkenaan sebelum ini digantung susulan serangan pada 10 Okt yang mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.

Arab Saudi turut memintas beberapa lagi peluru berpandu dan dron pada Ahad ketika pertempuran dengan kumpulan Houthi berterusan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.